Here we go, come with me..
There's a world out there that we should see..
Let's fly, fly, fly flyyy..
Up, up, here we go, go..
Hahaa.. Entri pertama dalam tahun 2016. Tapi.. kite nak cerita pasal 'terbang' tahun lepas dulu.. Mulakan dengan perkara2 dan cerita2 yang menarik lagi best dan sesuai. ;)
Sibuk tak sempat2 nak berblogging.. Tapi suka bebel-bebel dalam blog nih.. Bebel dalam Facebook macam tak sesuai plak rasanya..heheh!
Last Mac 2015..
Terbang lagi.. Ke mana kite nih? Ke Yogyakarta.. atau dipanggil juga Jogja! Kali ni bertiga. My husband, my sister in law and myself. Flight kali ni kami ambil direct dari Senai International Airport ke Adisucipto International Airport, Yogyakarta.
Plan asal utk 2015 sebenarnya ke Ho Chin Minh. Tapi.. takde tarikh yang sesuai memandangkan taska pun masih sibuk dan masih dikira baru beroperasi. Bila review flight ticket, tengok ada ticket ke Jogja dengan tarikh dan harga berpatutan. Jadi kami pun tak lepaskan peluanglah.. Hehehe! Flight masa tu kami pilih tengah hari dan dijangka tiba sekitar satu setengah jam kemudian.
Ronda2 dan beli air sebelum berlepas.
Sebelum makan.. peace dulu! Sebenarnya sengih kepenatan sebab berkejar2an disebabkan pasport my sis in law expired kurang tiga bulan. So.. Nak tak nak kena renew on the spot sebab Air Asia takkan terima utk check in.. Kwang3..!
Nasib baik memang macam dapat rasa tak sempat nak breakfast, jadi dah order masa beli tiket. Heheh! Nasi ayam bermentega. Slurpp la juga kalau dah lapar.. :'D
Selepas berlegar-legar dekat hampir 25 minit dekat ruang udara tuu (sampai macam nak termuntah.. asik langgar awan.. flight bergegar2..) akhirnya mendaratlah kami.. Disebabkan kesibukan dengan pendaratan flight2 yg lain.. Terpaksa menunggu lagi hampir 20 minit, baru lah flight dapat masuk 'parking' dan turunkan penumpang.. Huhh..
Rupa2nya.. mengikut pengalaman my sister sendiri.. Airport2 kecil macam airport ni dan di Bandung misalnya.. begitulah masalahnya.. Masalah que dan menunggu lama adalah perkara biasa.
Owhh.. Sebab last year ke Bandung kami turun di Jakarta. Jakarta airportnya besar.. jadi ckup utk menampung flight2 yg turun naik.. Hmm.. alkisah..
Flight ni park betul2 dekat je dengan pintu masuk arrival hall. Scary juga.. huhu! Sempat lagi snap gambar ni sebelum dilarang sebab kne que lagi untuk cop passport. White card pun cuma dapat masa tengah que.. Alahaii.. haru biru.. dengan penumpang flight lain dan keadaan arrival hall yg kecik.. Sabar je dik non..
Sekitar kawasan airport.. Ada stesen keretapi yang betul2 bersebelahan dengan airport ni. Mungkin sebagai pilihan bagi mereka yang nak ke daerah lain menggunakan keretapi. Kami pula pilih supir untuk ambil dari airport dan hantar ke hotel masa tiba hari tu.. Sekali dah masuk dalam pakej.
Rumah sakit (hospital) untuk tentera udara katan supir kami.. Owhh.. Sebab tu ada tugu kapal terbang..
Bandar Jogja ni tak besar.. Tapi agak padat penduduknya.. Sama lah macam kat Jakarta dengan Bandung. Mungkin sebab tu banyak penduduknya pilih motosikal sebagai pengangkutan utama.
Delta Homestay, Prawirotaman, Yogyakarta.
Akhirnya kami sampai ke homestay yang kami pilih.. Delta Homestay. Masa tu dah agak lewat juga. Hampir pukul 5. Pukul 6 dah mula maghrib dah.. Nak plan jalan mana plak malam ni.. haha! Okay.. cerita seterus2nya kita masuk dalam entry lain plak ye. Nanti pasal homestay ni pun kita cerita juga. Jumpa lagi! ;)
No comments:
Post a Comment