Dari De Mata Tricks Eye Museum tadi.. kami menuju ke sebuah pusat pembuatan barangan perak, Ansor's Silver. Location pusat ini terletak di Jalan Tegal Gendu, Kotagede.. Naik kereta cuma beberapa minit je dari tempat tadi.
Mula2 tu.. kite bayangkan nak ke sebuah tempat yang mungkin dalam kilang. Sampai je.. Wahh! Cantiknya.. Masuk siap ada pintu gerbang besar.. Ada kawasan lapang kat tengah-tengah. Susunan bangunan dari depan ni nampak macam bentuk 'U'. Tapi rasanya macam ada bangunan-bangunan lain lagi di belakang.
Ansor's Silver terletak di sebelah kanan bahagian pintu masuk. Di sini juga terdapat sebuah restoren iaitu, Restoren Sekar Kedhaton yang kelihatan mewah.
Berhadapan Ansor's Silver tu, ada tempat menjual cenderamata dan barangan batik. Andai kata tak sempat beli di tempat lain, di sini pun boleh.. Bawak uang nya saja..
Di sebelahnya pula ada sebuah kedai yang menjual kopi-kopi dan pelbagai jenis teh dari seluruh nusantara.
Jenis-jenis batik.
Satu daripada binatang yang menghasilkan biji kopi.
Pelbagai jenis kopi.
Pengisar kopi.
Di Ansor's Silver, kita dapat melihat pekerja yang menyiapkan kepingan-kepingan perak, menjadi barangan perhiasan. Memang tekun mereka bekerja. Bukan senang..huhu!
Kagum tengok diaorang bekerja.. Kalau kite.. mesti dah tertidur..haha!
Antara barangan perak yang siap dihasilkan.
Selesai di sini.. kami menuju ke tempat pembuatan barangan kulit dan tempat melihat matahari terbenam.. Di mana? Tunggu ye.. ;)
No comments:
Post a Comment