Sunday, 10 January 2016

Terbang 2015 : Yogyakarta Day 3 @ Ketep Pass dan Restoren JeJamuran

Akhirnya! Selepas puas berehat malam tadi.. Kami bersedia untuk jalan-jalan hari ketiga di sini.. Yerghh! Target kami.. Nak jalan sampai malam lagi hari ni sebelum balik tengah hari esok.. 

Haa.. Nampak tak tandanya ada tahi lalat besar kat kaki nih.. Bwahaha! Alaa.. bukan selalu kan.. Hehehe!



Isi minyak dulu.. Huhu! breakfast pagi di sini ala carte.


Siap breakfast di homestay sekitar pukul 8.30 pagi, kami menuju ke sebuah tempat yang terletak di Sawangan, Magelang. Ke mana kite nih? Ke Ketep Pass! Untuk menyaksikan keindahan dua buah gunung yang terkenal di Jogja.. Gunung Merapi dan Gunung Merbabu.


Ayuh jalan-jalan!


Ketep Pass ni terletak di atas sebuah bukit, iaitu Bukit Sawangan yang terletak di antara Gunung Merapi dan Gunung Merbabu. Tempat ini dirasmikan oleh Presiden Republik Indonesia yang ke-5 iaitu, Megawati Soekarnoputri.

Dalam perjalanan, kami melalui kawasan perkampungan yang kebanyakannya bertani selain berniaga. Kawasan perkampungan di sini antara yang terjejas teruk semasa letusan gunung berapi ini.. Tapi, mungkin disebabkan di situlah kediaman mereka dan di situlah punca rezeki mereka.. Mereka tetap balik semula dan meneruskan kehidupan. 

Tanah di sini sememangnya subur untuk penanaman pokok seperti padi dan pisang. Dan.. kalau kita tengok di tepi-tepi jalan, yang ada timbunan tanah gelap seperti tar.. Itulah kesan dari letusan gunung berapi juga.. Kehidupan mereka seperti tak terkesan dengan bencana yang pernah berlaku..




Sampai di atas, seperti biasa banyak gerai-gerai yang menunggu kedatangan pelancong yang ke sini. Baru nak tuju satu tempat untuk beli air, peniaga gerai lain pun dah memanggil-manggil.. Peramah semua.. :)




Memandangkan cuaca mendung dan sejuk berangin, awan meliputi puncak Gunung Merapi. Manakala bumbung-bumbung di belakang kite tu.. merupakan gerai-gerai yang mana pengunjung boleh duduk-duduk makan atau minum sambil menikmati pemandangan gunung pada waktu cerah.



Puncak Gunung Merbabu juga diliputi awan memandangkan cuaca mendung dan berangin sejuk. Nampaknya, bukan rezeki kami kali ini nak tengok keindahan gunung-gunung berapi ini. :)


Di sini ada sebuah pusat maklumat yang dinamakan Ketep Volcano Centre. Di sini, kita dapat melihat info-info tentang gunung berapi, jajaran gunung berapi, gambar-gambar tentang letusan serta kesan letusan gunung berapi dan model gunung berapi. Pendek kata.. apa-apa sahaja pasal gunung berapi terutama kedua-dua buah gunung ni ada banyak di sini.

Kat sini juga, ada pawagam mini kiranyalah.. yang menayangkan cerita pendek tentang peristiwa-peristiwa berkaitan Gunung Merapi. Tapi kami tak masuk ikut tonton.. Tengok gambar-gambar ni aje dah insaf.. belum tengok movienya.. Lagi tak bernafas kite ni jadinya.. Huhu!





Miniature Gunung Merapi.





Ini cuma sebahagian gambar letusan Gunung Merapi.. Nak ikutkan lebih banyak lagi.. Sebab Gunung Merapi ni gunung berapi yang aktif. Kali terakhir letusan adalah pada tahun 2010!



Pemandangan Gunung Merapi dari Borobudur.



Pemandangan dari Ketep Pass.



Laluan keluar..


Dalam perjalanan turun dari Ketep Pass.. melihat kawasan perkampungan di kaki bukit tu.. dan aktiviti-aktiviti penduduknya.. dalam hati terdetik, betapa kuat dan tabahnya mereka. Walau pun diuji dengan kehilangan nyawa dan harta, mereka tetap gigih balik semula ke kampung dan meneruskan hidup..

Berpatah balik dari Sawangan, Magelang ke arah kota Jogja, dalam perjalanan supir mencadangkan kami makan tengah hari memandangkan kami akan ke beberapa tempat lain sehingga lewat petang. Restoren tersebut terletak di Jalan Pendowoharjo, Sleman iaitu Restoren Jejamuran.

Jamur dalam bahasa Malaysia ialah 'cendawan'. Kata supir, segala jenis jamur ada kat sini. Makan nasi putih berlauk jamur yang dimasak dengan pelbagai resepi serta ada ladang jamur di belakang restoren, menjadikan tempat ini kiranya tempat hotspot untuk jalan-jalan cari makan.. Uishh.. ye ke sedap?


Wah! Malu-malu kucing deh mau snap photo di depan restoran.. Haha!


Sampai kat sini.. memang banyak orang. Restorennya luas, panjang ke belakang.. dan cerah. Ada band muzik tengah siap sedia nak buat persembahan. Agaknya berapa harga makanan kat restoren ni ye? Hmm.. kita tengok nanti.


Ruang makan bersih dan luas. Toilet juga bersih.. Kenapa mesti mention toilet? Sebab dari situ baru kita tau tempat tu betul-betul mengamalkan kebersihan atau tidak. :)




Jenis-jenis jamur (cendawan).



Air yang ada warna kuning tu namanya buah Carica. Rasanya macam nenas tapi of course tak perlu takut lidas macam nenas.. Heheh!




Setiap ruang makan ada diberi nama mengikut nama jamur. Ruang makan Shitake ni berhawa dingin. Selalunya untuk tempahan majlis katanya..



Makanan dah sampai! Yeyy!


Kat sini, kami pesan nasi dan lauk-lauk macam gambar di atas. Ada lauk jamur goreng dengan tauge, jamur masak kari, jamur goreng, urap jamur, dan sate jamur.. Haa.. Sedap ke? Semua berjamur pendek kata.. kecuali ayam bakar..

Bismillah.. Ngap! Ngap! Ngap! Wohh!

Sedap beb! Sate jamur dia sampai rasa macam tak cukup walau pun dah kenyang! Kata je jamur.. Rasa ayam rasa lembu semua ada! Huh! Dah balik Malaysia.. Jangan la mengidam.. saje je kne terbang gi Jogja nak makan ni.. Bwahaha!


Resitnya. Harga sederhana untuk makan bertiga.


Alhamdulillah.. Rezeki makan di negara orang.. Sedap dan harganya berpatutan. Khabarnya tempat ni asalnya gerai. Tapi semakin maju.. dibuka restoren. Semoga sukses ye.. Teruskan serice yang baik.

Selesai makan.. Ke mana kita nih lepas ni? Baca dalam next entri ye.. XOXO! 



No comments:

Post a Comment