Friday, 25 March 2016

Holiday Villa, newest hotel kat Johor Bahru!

Last week.. cuti sekolah seminggu bulan Mac. Kebetulan cuaca memang panas.. Berbual dengan encik suami, dapat mandi kolam best ni.. Hah! Kebetulan ada hotel baru bukak, dia kate. Huh? Hotel apa?

Ohh.. lupa.. Holiday Villa.. Kat Jalan Dato' Sulaiman, Taman Abad.. Sebelah je dengan KSL Hotel & Resort yang ada kolam dengan dinosaur beso tu.. KSL tu dah mandi manda dua kali. Satu kali stay.. Satu kali lagi outing dengan anak-anak Taska Intan Lilia last year..

Cakap je dengan budak-budak and my sis.. Wahh! Semua teruja! Kerja rumah terus laju je siap! Walhal dekat je tu.. Bumbung umah pun nampak.. Hahaha!

So, sebelum habis cuti tu hari Jumaat lepas.. kami pun gi la ke hotelnya.. Sebahagian besar bilik belum habis renovate lagi katanya. Sebab nak kejarkan opening masa cuti sekolah.. Tu yang kami pun cuma dapat check in malam. Bilik sikit.. Dapat pun last minute orang booking, tak jadi check in. Kami pun last minute kan rancang.. Suke gitew.. Ngehehe!

Apa lagi.. yuk review hotel baru ni!


Mak pun nak tengok juga hotelnya..



Lega dapat kad bilik dah.



Okay.. sama macam lif kat Esplanade KSL yang sebelah tu.. Nak naik ke bilik, touch kad, baru boleh tekan tingkat berapa..



Dapat tingkat 18. Tapi lum tinggi lagi.. Pool dia lagi tinggi. Huhu!




Ada orang berangan sambil leset-leset laa.. Haha!



Bilik air boleh nampak dalam bilik lah! Haha.. Tapi ada switch untuk turunkan bidai la sebenarnya kalau nak mandi.. No worries..


Dah lepas tak sampai 10 minit pun.. Semua sibuk nak naik tengok swimming pool. Sebenarnya nak cuba nasib gak tu.. Kot-kot boleh mandi memalam ni.. Layankan lah juga..


Pool untuk dewasa.



Pool untuk anak-anak.. Yang ini Qarl memang lepas nak masuk.



Sekali tengok signboard, dan tanya staff yang jaga kat situ.. Confirm lah boleh mandi sampai pukul 10! Masa tu baru pukul 9.05 malam.. Apa lagii.. budak-budak ya be da bedu lahh.. Semua terjun! Yang atuk dah risau.. "dah, dah.. dah malam ni.. nanti selsema".. Hmm.. dah tak layan dah.. :D



Freezing! Achoo! Achoo! 2-3 kali.. 


Malam tu cuma kite, encik suami, dengan si kecik je yang stay bilik.. Yang lain semua balik.. Umah my sis dekat betul.. Dari bilik abang Ryan boleh nampak hotel ni jelas.. Esok je datang sambung mandi, kata atuk.. Hehe!



Morning view..



Ini budak pengsan! Malam susu sampai dua kali..



Dah bangun tu.. kami bertiga gi sarap dulu sementara nak tunggu my sis dengan yang lain datang mandi lagi.. Return.. Malam tadi tak puas.. Iyelah.. budak.. Kalau bagi berkubang dalam kolam pam kat porch taska tu pun dah sukee tak hengattt..


Coffee house..




Smoking area.


Bercakap pasal makan paginya.. Alhamdulillah.. tak ada yang rasa tak sedap.. Food okay.. Pilihan makanan juga okay.. Kalau tak kenyang tak tau laa.. Ada makan berat macam nasi lemak, mee hoon goreng, siap ayam telur masak apa bagai.. Bubur.. Cereal..  Buah-buahan, salad.. dan sewaktu dengannya lah.. Makan je! Jangan lupa baca doa sudah.. Hehe!

Ngam-nagm habis makan.. Yang lain dah sampai.. Sup sap sup sap tukar baju.. terus naik gi swimming pool!


View from another side. Menghadap town area.. Sebelah kiri nilah KSL Hotel & Resort. Yang ada dinosaur water park tu..



Kat sebelah swimming pool bahagian dewasa ni ada toilet.. Dah siap mandi tu sejuk.. Cari toilet jap.. Toilet asing la lelaki perempuan.. 

Aikk! Sekali masuk.. Eh! Ada sauna dengan jakuzi lah! Baru tau.. sebab tak perasan plak ada signboard cakap ada sauna ke jakuzi.. Kite tolong amikkan gambar je lah yee.. Ngee..



View dari bilik sauna. Jadi tak bosan lah ye.. Boleh berangan sat..



View dari kolam jakuzi.



Selamat berjakuzi. 



Bonding time. <3



Boy ke girl? Hahaha! Rambut panjang sangat cucuk mata..



Ada gym kat hujung swimming pool kanak-kanak. Peralatan? Bau baru! Hurmmm..


Siap mandi.. Rehat jap.. Check out la kami.. Satu malam je cukup untuk habiskan hujung minggu akhir cuti sekolah ni.. Baliklah ke rumah yang jaraknya sekangkang kera je dari hotel.. Haha! Ngengade kan.. Sesekali.. apa salahnya.. ;P




Kawasan lobi hotel. Masih ada yang belum siap di bahagian tertentu.


Overall.. Tak ada apa masalah sangat lah walau pun masih baru dan masih belum bukak semua bahagian atau bilik.. Bilik pun memang bau baru.. 

Cuma dari segi hiasan.. rasa belum nampak sangat ciri-ciri hotel mahal sangat la.. Mungkin belum banyak hiasan tambahan berunsur kayu yang mewah atau karpet-karpet tebal yang biasanya ada kat hotel-hotel besar.. Hotel ni hotel 4 bintang katanya (kite tak check.. husband cakap).. Tapi bonus view dari coffee house dia yang kat tingkat 9 dengan swimming pool dia yang kat tingkat 25.. memang nice laa..

Orait lah.. Hari pun dah lewat.. Kite pun dah ngantuk.. Jumpa lagi dalam review atau entri lain ye.. Selamat malam dan selamat beradu semua! Mimpi yang indah-indah.. XOXO!

No comments:

Post a Comment