Lepas makan di Restoren JeJamuran, kami menuju ke XT Mall, yang terletak di Jalan Veteran. Tempat ni agak hampir dengan tempat penginapan kami. Tapi.. kami ke sini untuk.. ke De Mata Trick Eye Museum! Jom tengok apa yang ada kat sini..
De Mata Trick Eye Museum ni mempamerkan lebih daripada 120 gambar 3D katanya.. Taklah kite kira.. Pengunjung boleh mengambil gambar dan hasilnya seakan nampak real..
Ada macam-macam tema gambar kat sini. Puas jugalah amik gambar bergaya bagai.. Tapi tak dapatlah nak upload semua.. Heheh!
Harga tiket Rp35, 000.00.
Kaunter tiket.
Ala-ala dalam terowong..
Egypt.
Kalau aku kaya..
Dalam kokpit.
Berangan dengan Messi.
Ke Beijing kita? Insya Allah.. ada rezeki mana tau.. ;)
Haa.. Ni lah sebahagian gambar yang kite dapat uploadkan.. Banyak betul gambarnya.. Kalau budak-budak ada ni.. Lagi lah.. Beribu rasanya gambo. Haha!
Kalau nak tau juga, ada lagi satu tempat berhadapan tempat ni yang dipanggil De Arca Statue. Kalau terasa nak bergambar dengan patung-patung lilin manusia dengan pelbagai aksi dan nampak real.. bolehlah ke sini.
De Arca Statue ni mengingatkan kite Madame Tussauds, Sentosa Island, Singapore..Kami tak ke sini memandangkan ada beberapa tempat lagi yang kami nak tuju.. Hari dah lewat petang ni.. Hujan renyai lagi.. Huhu!
P/s : Gunakan kamera yang baik untuk dapat hasil yang baik jika anda suka mengambil gambar 3D seperti ini. :)
No comments:
Post a Comment