Hye! Terima kasih sebab sudi membaca
tentang trip kite ke Jogja.. Entri ni last entry lah
kiranya ye.. Apa yg boleh kite share kat sini kebanyakannya
gambar lah.. Pasal kalau sejarah.. memanglah panjang..
Cume.. apa yang boleh kite katakan lagi.. sesiapa yang ada susur galur keturunan orang-orang Jawa.. like me.. huhu.. Memang akan rasa 'dekat' dengan kisah-kisah dan orang kat sini.
Arwah atuk perempuan kite memang asal Jawa.. Dulu petang-petang, atuk selalu duduk kat kerusi depan rumah.. Berbual dengan jiran kami dalam dialek Jawa. Walau pun tak paham sepatah haram.. Tapi, rajin mengadap kalau dia berbual.. Hahah! Lepas kami melawat di bahagian Tepas Kaprajuritan, seperti yang dikatakan.. Kami susur Jalan Rotowijayan untuk masuk Kraton melalui Tepas Pariwisata.
Nak beli oleh-oleh kat luar pintu masuk pun boleh..
Di Tepas Pariwisata, kita boleh masuk ke kawasan Kompleks
Sri Maganti dan Kedhaton. Di situ, terdapat Bangsal Kencono, iaitu balairung
utama kerajaan. Kat sini antara pukul 10 hingga 12 katanya ada pertunjukan
seperti wayang kulit, wayang orang (yang ni tak tau apa dia..huhu!), tarian
tradisional Jawa..
Selain itu, Kita boleh tengok koleksi gamelan
kesultanan yang biasanya dimainkan dalam upacara-upacara, beberapa meriam lama,
koleksi gambar, dan koleksi batik yang digunakan oleh orang-orang yang tinggal
di dalam Kraton, para prajurit, dan Abdi nDalem (maknanya kalau macam kita kat
sini, dayang atau orang yang kerja dengan sultan rasanya).
Ada juga koleksi cenderamata kerajaan lain, peralatan
yang digunakan oleh kesulatanan, gambar-gambar dan potret Sulatan Hamengku
Buwono, dan koleksi memorabilia dari Sultan Hamengku Buwono IX.
Ada dua jenis tiket masuk kat sini. Untuk pengunjung tempatan Rp 5,000.00 seorang manakala pengunjung luar negara (seperti kami) Rp 12, 500. Untuk amik gambar pun ada tiketnya.. iaitu Rp 1,000 manakala untuk rakam video Rp 2,000.00. Kat sini pun ada pemandu pelancong yang mengiringi kami.
Ada bangsal yang hanya sekumpulan lelaki je mainkan muzik dan ada bangsal lain sekumpulan wanita pula.
Bangsal Sri Maganti sekarang diletakkan alat-alat muzik gamelan. Serta tempat pertunjukan seni seperti wayang kulit, tarian tradisional Jawa dan sebagainya.. yang boleh ditonton mengikut hari berdasarkan jadual antara pukul 10 hingga 12. Jika dulu, di sinilah tempat ruang tamu tetamu penting bagi kerajaannya.
Pintu Gerbang Donopratopo.
Kiri kanan pintu gerbang ni ada sepsang patung raksasa Dwarapala, Cinkorobolo dan Bolobuto. Besar..
Bahagian kiri pintu gerbang ni pun ada sepasang patung Abdi nDalem yang duduk bersila. Orang yang kerja dengan sultan yang pakai macam ni orang yang patuh dan kerja dengan ikhlas sekali..
Tak dibenarkan memijak kawasan ini.
Tempat tinggal sultan yang bertakhta di dalam ni dipanggil Gedhong Jene. Hiasan pada pintu dan tiangnya berwarna kuning. Ada bahagian yang digunakan sultan yang menghadap arah Timur dijadikan pejabat peribadi. Tapi kite tak dengar sangat pemandu pelancong tu kata yang menghadap bahagian Timur tu yang mana.. Sibuk tengok cermin besar depan laluan tu.. Heheh!
Ada satu je bangunan bertingkat yang dipanggil Gedhong Purworetno. Digunakan sebagai pejabat rasmi oleh sultan ketika itu.
Laluan dan kawasan yang tidak boleh dimasuki. Masih diguna oleh sultan ketika ini.
Kompleks Kedhaton merupakan bahagian utama Kraton ni banyak dihiasi oleh pokok sawo kecik. Kite tengok halamannya juga banyak dilitupi dengan pasir. Pasir ini katanya pasir dari pantai selatan.
Pelajar-pelajar jurusan dari fakulti senibina universiti berhampiran..
Beduk dan kentong di kiri kanan pintu gerbang.
Kalau tak silap, kotak hitam dan merah ni tempat penyimpanan barang isteri atau puteri sultan.
Kerusi kayu jati yang berukir dan bersadur yang digunakan untuk tetamu di Bangsal Kencana ini digunakan oleh sultan ketika itu.
Sebahagian koleksi batik dan kegunaan batik mengikut upacara yang dijalankan.
Ada sebuah Muzium Batik Keraton yang khas di sini. Tetapi, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium ini kerana mungkin menjaga keaslian dan kekhususan corak batik tersebut.
Dalam muzium ni ada satu telaga yang kalau dijengah dalamnya banyak duit syiling. Mungkin ada orang yang membaling syiling dan berhajat agaknya.
Dalam masyarakat Jawa, adat mereka tak boleh kambus telaga. Sebab telaga kan sumber air.. Ibarat macam menutup rezeki. Jadi.. waktu besarkan bangunan dibiar je telaga tu dalam kawasan bangunan. Tapi ada jaring nyamuk la ditutup atas telaga tu..
Di depan Muzium Batik.
Antara koleksi meriam.
Sebahagian koleksi potret dan gambar pohon susur gakur keturunan sultan dan kerabat yang terdapat di ruang lain berhampiran Muzium Batik.
Secara keseluruhannya, bahagian kompleks ni lebih luas dan boleh dibahagi kepada tiga bahagian.. iaitu, bahagian sultan, bahagian untuk isteri dan para puterinya, serta bahagian para puteranya. Tapi tak semua bahagian boleh kita masuk. Kalau di bahagian Kedhaton pun cuma ruang yang berisi peralatan makan keraton je yang boleh dilihat. Itu pun dah rasa.. luasnya.. Dengar pemandu pelancong tu terangkan pun dah macam belajar sejarah rasanya. Hehe!
Sebelum balik.. kami terserempak dengan dua lelaki dewasa Abdi nDalem dan seorang yang masih kecil yang mungkin nak mula bekerja. Selalu asik amik gambar dengan patung.. jadi kite request nak amik gambar dengan si kecik ni. Serius je muka dia. Kecik-kecik lagi dah mula belajar ikut atuk ye.. Semoga awak jadi anak yang baik dan soleh.. :)
Keluar dari Tepas Pariwisata ni kami
bergegas pulang ke homestay.
Kali ni bukan supir yang biasa bawa kami berjalan yang akan hantar kami ke airport.. Tapi pakcik teksi
yang hantar kami ke homestay waktu kami tiba hari pertama kelmarin.
Tempah dengan dia je terus..
Sekali.. dia bawak Honda Jazz.. Bukan bawak teksi dia.. Wohh! Pemandu teksi pakai Honda Jazz. Dia ada Avanza juga.. Dia kata, kalau nanti datang lagi boleh juga tempah dia untuk jadi pemandu pelancong.. Bila berbual lagi.. Kalau diconvert duit dia ke kita pun.. Honda kat Indonesia masih murah.. Haii.. Kenapa lah negara kita ni kereta mahal-mahal.. Import eksport sama je mahal.. Hahaa..
Snap gambar sikit. Hehe!

Goodbye, Jogja! Terima kasih atas segala kenangan.
Terasa lapar tiba-tiba.. Nak juga makan walau pun penerbangan singkat aje.. Kunyah-kunyah pun jadi la.. Hahaa!
Alhamdulillah.. Akhirnya kami selamat sampai Senai, Johor.. Jika diberi kesempatan dan rezeki, dapatlah kita terbang-terbang lagi ye.. Insya Allah.. Ke mana lagi lepas ni? Tak pasti.. Rasa macam nak terbang dalam negara pulak.. Tengok nanti ye.. Jumpa lagi dalam entri lain ye! Jangan lupa.. follow lah kite.. ;)
XOXO!
No comments:
Post a Comment