Malam pertama di Jogja, kami tak lepaskan dengan hanya berehat di bilik saja.. Penarik beca yang kami sewa di depan homestay mencadangkan kami bersiar-siar di kawasan Kraton Kota Gede (kota gede bermaksud kota besar). Wohh! Ado apo di situ?
Sikit-sikit info yang kite tau.. Kota ni wujud pada zaman kerajaan Mataram Islam selepas kerajaan Pajang katanya.. Berapa lama? Silalah gugel.. Ngehehe! Dan.. jika anda ingat dalam subjek sejarah kat sekolah dolu-dolu.. kerajaan-kerajaan yang bina kota ni biasanya dalamnya ada penempatan. Ada tembok di sekeliling kota.. Ada bahagian-bahagian tertentu.. Ada sistem macam sistem pengairan dan pertahanan dan sebagainya.. Haa.. Here, boleh tengok live satu daripada kota yang dibina, kesan peninggalannya, dan bagaimana kota tu sekarang.. Tak bleh nak imagine dalam perjalanan. Sibuk menikmati pemandangan dari dalam beca. ;)
Sikit-sikit info yang kite tau.. Kota ni wujud pada zaman kerajaan Mataram Islam selepas kerajaan Pajang katanya.. Berapa lama? Silalah gugel.. Ngehehe! Dan.. jika anda ingat dalam subjek sejarah kat sekolah dolu-dolu.. kerajaan-kerajaan yang bina kota ni biasanya dalamnya ada penempatan. Ada tembok di sekeliling kota.. Ada bahagian-bahagian tertentu.. Ada sistem macam sistem pengairan dan pertahanan dan sebagainya.. Haa.. Here, boleh tengok live satu daripada kota yang dibina, kesan peninggalannya, dan bagaimana kota tu sekarang.. Tak bleh nak imagine dalam perjalanan. Sibuk menikmati pemandangan dari dalam beca. ;)
FYI.. Kat Jogja ni.. selain pengangkutan yang bermotor macam kereta, bas, motosikal bagai.. Dan, selain yang perlu dikayuh macam beca dan beskal.. Ada lagi satu lagi pengangkutan. Sila take note.. ada andong.. iaitu, kereta kuda! Haa.. teruja? Jangan teruja sangatlah.. sekiranya anda bukan seorang yang tahan dengan bau 'sisa buangan' kuda yang tiba-tiba melepas! Woohaa!
Dia pun bernyawa.. makan dan minum.. Makanya bersedialah terbau jika anda memilih pengangkutan tak bertutup macam motosikal, beca, atau basikal. For me.. tahap biasa-biasa je. Kata travel.. ;)
Pintu masuk ke kawasan Kraton Kota Gede.
Kami masuk melalui kawasan selatan kota. Ada satu kawasan luas macam padang. Kawasan ni dinamakan Alun-alun Selatan. Di tengah-tengah padang tu plak ada dua buah pokok beringin yang besar. Kata orang di situ, kalau berjaya lalu antara dua buah pokok tu dianggap bertuah. Ritual tu dinamakan masangin.. Tapi matanya harus ditutup dulu dengan kain hitam ya pak.. Heheh! Di sekeliling kawasan padang ni banyak aktiviti jualan di gerai-gerai kecil dan aktiviti riadah.
Rumah di sebelah selatan pokok itu katanya yang pertama sekali didirikan selepas kawasan ini ditemui dan berkembang menjadi penempatan dalam kota ni..
Andong (kereta kuda).
Tempat pertama yang dibawa oleh penarik beca ini ke sebuah rumah yang membuat lukisan batik tangan untuk hiasan dinding. Memang cantik.. Tapi tidak dibenarkan mengambil gambar dalam rumah tersebut. Mungkin untuk menjaga hasil lukisan supaya tak ada yang meniru..
Dari situ, kami ke sebuah tempat yang menjual pakaian-pakaian batik yang agak terkenal. Jogja kan terletak kat pulau Jawa Tengah.. Makanya banyak hasil dan jualan batik dan perak ada kat sini..
Rumah Batik.
Agak lama bersiar-siar dalam kawasan kota ni.. Perut pun dah mula berkeroncong.. Dengan saranan abang beca, kami menuju ke sebuah kedai nasi padang, dalam kawasan kota. Sekali tutup sudah.. Makanya kami berhenti restoran berhampiran disebabkan ternampak sate kambingnya.. Hehehe!
Alhamdulillah.. Sedap rasanya.
Kami ajak sekali penarik beca berdua tu makan sekali.. Dengan sopan, mereka cuma mintak air je.. Tak sampai hati, kami belikan juga makanan. Masa di Bandung dulu supir memang kami belanja sekali. Tapi mungkin di sini bukan budaya mereka.. sama ada penarik beca ni atau supir di sini, mereka cuba menolak. Cukup dengan upah katanya.. tapi kami berkeras belikan makanan. Rezeki ada sikit.. sedekahkanlah.. Diaorang pun layan kami, alhamdulillah baik..
Ruang lesehan (tempat duduk bagi yang suka bersila)..
Siomay ni macam yong tau fu kat tempat kita..
Selesai makan, penarik beca tu bawa kami meronda lagi. Kali ni ke Jalan Malioboro.. Kalau kat JB macam Bazar Karat lah kiranya.. Ada banyak aktiviti malam di sini selain orang-orang berjual beli..
Amacam? Ada berani? Hahaha..
Amik gambar dengan orang yang pakai costume atau binatang-binatang eksotik ni ada bayaran tertentu.. Itu cara mereka nak cari pendapatan di sini..
Jalan beberapa meter ke depan dari simpang masuk tu akan jumpa dua buah pasar ni.. Macam-macam ada..
Lepas penat meronda, beli sikit apa yang nak rasa.. Kami berpatah balik di jalan yang sama memandangkan penarik-penarik beca tu menunggu kami di seberang jalan. Di simpang jalan, di sebelah kiri.. ada sebuah muzium yang dipanggil Muzium Benteng Vredeburg. Muzium ni katanya pasal perjuangan bangsa mereka ketika dijajah.. Tapi dah malam.. Dah tutup ler.. Huhu!
Bergambar depan pintu masuk je lah kita.. :D
Tamat sesi ronda-ronda malam pertama.. Kami terus pulang ke homestay.. Tanpa kesedaran mahu pun keinsafan nak kena bangun awal sebab nak ke Borobudur.. Nanti tak cukup tidur.. Bonyoh muka masing-masing dengan eye bag.. Muahaha!
No comments:
Post a Comment