Sunday, 10 January 2016

Terbang 2015 : Sunset @ Pantai Parangtritis

Dari pusat pembuatan barangan perak, kami bercadang melihat keindahan matahari terbenam di sebuah pantai. Sebelum ke sana, encik supir membawa kami singgah sebentar ke sebuah kawasan yang menjadi pusat pembuatan dan jualan barangan kulit. 

Kawasan ini terletak di Manding, tidak jauh dari Pantai Parangtritis. Boleh dikatakan jalannya sejajar untuk ke pantai.. Namakan aje barang apa yang diperbuat dari kulit? Semua ada.. kasut, tali pinggang, beg tangan, jaket.. Dari gred biasa sampailah ke gred yang terbaik. 

Untuk encik suami kite.. Kite berikan hadiah sebuah dompet untuk dia masa kat sini..hehe! Sebab beg nya hilang masa main futsal.. dengan dompetnya sekali. Kebetulan kami ke sini, kite nampak ada dompet kulit yang molek kualitinya.. Belikan sebagai hadiah.. Gambar tak amik. Maluu.. Hehehe! :) 





Sebahagian kedai yang kami sempat singgah..


Masa memang cepat berlalu. Kami tak mau lepaskan peluang nak tengok keindahan matahari terbenam kat pantai nanti. Kami segera bertolak ke Pantai Parangtritis dengan harapan cuaca baik. Sebab asik hujan renyai, lepas tu berhenti tapi nampak macam mendung lagi.. 

Pantai Parangtritis lokasinya ke arah selatan. Pantai ini dikatakan mempunyai satu kisah legenda yang terkenal.. kisah Ratu Kidul. Pantai ini dipercayai merupakan pintu gerbang kerajaan ghaib Ratu Kidul yang menguasai laut selatan.

Kata supir, jika kami datang lebih awal, kami berpeluang naik ke satu tebing yang dipanggil tebing Gembirawati. Dari situ, kami boleh menyaksikan pemandangan keseluruhan pantai.


Tol.



Pengunjung tidak dibenarkan mandi atau lebih tepat berada jauh dari gigi pantai. Sebabnya laut ini merupakan laut lepas.. Tak ada pulau atau daratan lain lagi selepasnya.. Sila Google lokasi untuk pemahaman jelas..hehe! Maka ombaknya kuat dan boleh 'menarik' orang yang mandi ke tengah laut..


Tapi.. kalau teringin juga nak mandi.. Terutama anak-anak kecil.. Bolehlah mandi di kolam-kolam yang berhampiran dengan pantai ni.. dengan bayaran.


Kat pantai ni juga, pengunjung boleh buat aktiviti lain selain mandi-manda. Misalnya naik kuda atau naik ATV.. Motor dengan tayar besar tu. Boleh bawa sampai ke hujung pantai katanya..









Masya Allah.. Cantikkan.. :)


Hari dah maghrib.. kami pun nak baliklah ke homestay.. Lagipun kami memang gunakan khidmat supir ni sampai petang ni aje.. Kaki pun dah lenguh.. Jalan jee kan.. Esok tengah hari dah nak balik.. 

Haa.. Sebelum kami balik, kami singgah makan malam kat satu tempat nasi dengan bebek (itik) goreng.. di Bebek Goreng Haji Selamat. Macam makan ayam penyet.. tapi ni itik.. Kite tak pasti di mana lokasi makan ni. Sebab kedai ni memang banyak cawangannya..

Kali ni kami ajak juga supir kami makan. Siangnya kami pelawa ditolak.. Ni kami belikan je sekali tak tanya. Lepas tu suruh dia duduk makan..haha! 





Alhamdulillah.. Rasanya puas hati. Sambalnya pun sedap! Harga berpatutan.. Layanan pun tak lambat.. 

Perut dah penuh.. Badan dah letih.. Kaki dah lenguh.. Mata pun dah kuyu.. Makanya baliklah kami ke homestay.. Sebelum balik esok, our Cik Laily kite dah ada cadangan aktiviti.. 

Ke mana kite esok? Tungguu.. Jangan lupa baca next entry okay! See you! XOXO!



No comments:

Post a Comment