Monday, 11 January 2016

Terbang 2015 : Last Day @ Yogyakarta Part 2

Hye! Terima kasih sebab sudi membaca tentang trip kite ke Jogja.. Entri ni last entry lah kiranya ye.. Apa yg boleh kite share kat sini kebanyakannya gambar lah.. Pasal kalau sejarah.. memanglah panjang..

Cume.. apa yang boleh kite katakan lagi.. sesiapa yang ada susur galur keturunan orang-orang Jawa.. like me.. huhu.. Memang akan rasa 'dekat' dengan kisah-kisah dan orang kat sini. 


Arwah atuk perempuan kite memang asal Jawa.. Dulu petang-petang, atuk selalu duduk kat kerusi depan rumah.. Berbual dengan jiran kami dalam dialek Jawa. Walau pun tak paham sepatah haram.. Tapi, rajin mengadap kalau dia berbual.. Hahah! Lepas kami melawat di bahagian Tepas Kaprajuritan, seperti yang dikatakan.. Kami susur Jalan Rotowijayan untuk masuk Kraton melalui Tepas Pariwisata.



Nak beli oleh-oleh kat luar pintu masuk pun boleh..



Di Tepas Pariwisata, kita boleh masuk ke kawasan Kompleks Sri Maganti dan Kedhaton. Di situ, terdapat Bangsal Kencono, iaitu balairung utama kerajaan. Kat sini antara pukul 10 hingga 12 katanya ada pertunjukan seperti wayang kulit, wayang orang (yang ni tak tau apa dia..huhu!), tarian tradisional Jawa..

Selain itu, Kita boleh tengok koleksi gamelan kesultanan yang biasanya dimainkan dalam upacara-upacara, beberapa meriam lama, koleksi gambar, dan koleksi batik yang digunakan oleh orang-orang yang tinggal di dalam Kraton, para prajurit, dan Abdi nDalem (maknanya kalau macam kita kat sini, dayang atau orang yang kerja dengan sultan rasanya).

Ada juga koleksi cenderamata kerajaan lain, peralatan yang digunakan oleh kesulatanan, gambar-gambar dan potret Sulatan Hamengku Buwono, dan koleksi memorabilia dari Sultan Hamengku Buwono IX.


Ada dua jenis tiket masuk kat sini. Untuk pengunjung tempatan Rp 5,000.00 seorang manakala pengunjung luar negara (seperti kami) Rp 12, 500. Untuk amik gambar pun ada tiketnya.. iaitu Rp 1,000 manakala untuk rakam video Rp 2,000.00. Kat sini pun ada pemandu pelancong yang mengiringi kami.


Ada bangsal yang hanya sekumpulan lelaki je mainkan muzik dan ada bangsal lain sekumpulan wanita pula.


Bangsal Sri Maganti sekarang diletakkan alat-alat muzik gamelan. Serta tempat pertunjukan seni seperti wayang kulit, tarian tradisional Jawa dan sebagainya.. yang boleh ditonton mengikut hari berdasarkan jadual antara pukul 10 hingga 12. Jika dulu, di sinilah tempat ruang tamu tetamu penting bagi kerajaannya.



Pintu Gerbang Donopratopo.



Kiri kanan pintu gerbang ni ada sepsang patung raksasa Dwarapala, Cinkorobolo dan Bolobuto. Besar..



Bahagian kiri pintu gerbang ni pun ada sepasang patung Abdi nDalem yang duduk bersila. Orang yang kerja dengan sultan yang pakai macam ni orang yang patuh dan kerja dengan ikhlas sekali..




Tak dibenarkan memijak kawasan ini.


Tempat tinggal sultan yang bertakhta di dalam ni dipanggil Gedhong Jene. Hiasan pada pintu dan tiangnya berwarna kuning. Ada bahagian yang digunakan sultan yang menghadap arah Timur dijadikan pejabat peribadi. Tapi kite tak dengar sangat pemandu pelancong tu kata yang menghadap bahagian Timur tu yang mana.. Sibuk tengok cermin besar depan laluan tu.. Heheh!

Ada satu je bangunan bertingkat yang dipanggil Gedhong Purworetno. Digunakan sebagai pejabat rasmi oleh sultan ketika itu.


Laluan dan kawasan yang tidak boleh dimasuki. Masih diguna oleh sultan ketika ini.



Kompleks Kedhaton merupakan bahagian utama Kraton ni banyak dihiasi oleh pokok sawo kecik. Kite tengok halamannya juga banyak dilitupi dengan pasir. Pasir ini katanya pasir dari pantai selatan.


Pelajar-pelajar jurusan dari fakulti senibina universiti berhampiran..



Beduk dan kentong di kiri kanan pintu gerbang.





Kalau tak silap, kotak hitam dan merah ni tempat penyimpanan barang isteri atau puteri sultan.



Kerusi kayu jati yang berukir dan bersadur yang digunakan untuk tetamu di Bangsal Kencana ini digunakan oleh sultan ketika itu.





Sebahagian koleksi batik dan kegunaan batik mengikut upacara yang dijalankan.


Ada sebuah Muzium Batik Keraton yang khas di sini. Tetapi, tidak dibenarkan mengambil gambar di dalam muzium ini kerana mungkin menjaga keaslian dan kekhususan corak batik tersebut.

Dalam muzium ni ada satu telaga yang kalau dijengah dalamnya banyak duit syiling. Mungkin ada orang yang membaling syiling dan berhajat agaknya. 

Dalam masyarakat Jawa, adat mereka tak boleh kambus telaga. Sebab telaga kan sumber air.. Ibarat macam menutup rezeki. Jadi.. waktu besarkan bangunan dibiar je telaga tu dalam kawasan bangunan. Tapi ada jaring nyamuk la ditutup atas telaga tu..


Di depan Muzium Batik.



Antara koleksi meriam.





Sebahagian koleksi potret dan gambar pohon susur gakur keturunan sultan dan kerabat yang terdapat di ruang lain berhampiran Muzium Batik.



Secara keseluruhannya, bahagian kompleks ni lebih luas dan boleh dibahagi kepada tiga bahagian.. iaitu, bahagian sultan, bahagian untuk isteri dan para puterinya, serta bahagian para puteranya. Tapi tak semua bahagian boleh kita masuk. Kalau di bahagian Kedhaton pun cuma ruang yang berisi peralatan makan keraton je yang boleh dilihat. Itu pun dah rasa.. luasnya.. Dengar pemandu pelancong tu terangkan pun dah macam belajar sejarah rasanya. Hehe!


Sebelum balik.. kami terserempak dengan dua lelaki dewasa Abdi nDalem dan seorang yang masih kecil yang mungkin nak mula bekerja. Selalu asik amik gambar dengan patung.. jadi kite request nak amik gambar dengan si kecik ni. Serius je muka dia. Kecik-kecik lagi dah mula belajar ikut atuk ye.. Semoga awak jadi anak yang baik dan soleh.. :)


Keluar dari Tepas Pariwisata ni kami bergegas pulang ke homestay. Kali ni bukan supir yang biasa bawa kami berjalan yang akan hantar kami ke airport.. Tapi pakcik teksi yang hantar kami ke homestay waktu kami tiba hari pertama kelmarin. Tempah dengan  dia je terus..

Sekali.. dia bawak Honda Jazz.. Bukan bawak teksi dia.. Wohh! Pemandu teksi pakai Honda Jazz. Dia ada Avanza juga.. Dia kata, kalau nanti datang lagi boleh juga tempah dia untuk jadi pemandu pelancong.. Bila berbual lagi.. Kalau diconvert duit dia ke kita pun.. Honda kat Indonesia masih murah.. Haii.. Kenapa lah negara kita ni kereta mahal-mahal.. Import eksport sama je mahal.. Hahaa..



Snap gambar sikit. Hehe!




Goodbye, Jogja! Terima kasih atas segala kenangan.



Terasa lapar tiba-tiba.. Nak juga makan walau pun penerbangan singkat aje.. Kunyah-kunyah pun jadi la.. Hahaa!


Alhamdulillah.. Akhirnya kami selamat sampai Senai, Johor.. Jika diberi kesempatan dan rezeki, dapatlah kita terbang-terbang lagi ye.. Insya Allah.. Ke mana lagi lepas ni? Tak pasti.. Rasa macam nak terbang dalam negara pulak.. Tengok nanti ye.. Jumpa lagi dalam entri lain ye! Jangan lupa.. follow lah kite.. ;)

XOXO!



Terbang 2015 : Last Day @ Yogyakarta Part 1

It's our last day at Yogyakarta! 

Aduhh.. Walau asik sekali ke sana ke mari.. Berlibur.. Dalam hati kangen sekali sama si kecil yang tertinggal di Johor Bahru.. Huahaha!

Pagi-pagi lagi kami bersiap walau pun flight kami tengah hari.. Cadangnya nak ke Kraton dulu pagi ni.. Apa tu Kraton? Ada apa kat sana? Kite ikut je usul Cik Laily ke sana.. Baru dapat tengok ada apa kat situ..



Morning view.. Cerah!


Pagi tu.. kami cuba tunggu beca yang selalu kat depan homestay kami tu.. Tapi hari ni tak ada.. Jadi kami cuba berjalan kaki ke jalan utama.. Manalah tau kalau-kalau ada jumpa beca lain.. Alhamdulillah. Nasib kami baik jumpa beca yg dapat bawa kami melawat ke Kraton Yogyakarta.. Huhu..


Suasana pagi.. Oh.. dalam Kota Gede rupanya..


Sampai je di kawasan Kraton Yogyakarta ni.. tak buang masa, masa yang sebenarnya singkat.. Kami terus beli tiket masuk.. Berapa? Nah! Rp 3,000.00 aje! Siap dengan pemandu pelancong yang tak berhenti-henti bercerita pasal sejarah Kraton ni.. Murah kan?


Ohh.. Kraton ni maksudnya istana. Baru tau.. Hehe! Dan untuk masuk ke Kraton ni ada dua bahagian. Kalau berdasarkan tiket yang tertulis ni.. Tepas Kaprajuritan.. maknanya kami melawat bahagian Kraton yang melalui pintu masuk depan Alun-alun Utara

Pintu masuk yang lagi satu.. Tepas Pariwisata (Regol Keben).. kita boleh masuk melalui susur Jalan Rotowijayan je.. di belakang nya.. Jalan kaki pun boleh.. Di sana nanti pengunjung boleh masuk ke Kompleks Sri Manganti dan Kedhaton yang ada Bangsal Kencono iaitu, balairung utama kerajaan. Apa lagi yang menarik di Tepas Pariwisata.. kita tengok nanti.


Kraton Yogyakarta ni dulu lebih dikenali dengan nama Kraton Kasultanan Ngayogyakarta Hadiningrat dibangunkan oleh Pangeran Mangkubumi pada tahun 1755. Katanya hutan beringin ni dipilih sebab tanah ni di antara dua sungai serta dianggap bagus dan terlindung dari kemungkinan kejadian banjir.

Menurut pemandu pelancong ni kata.. kedudukan Kraton Yogyakarta ni betul-betul di titik tengah garisan pusat antara Gunung Merapi dengan Pantai Parangtritis. Wohh!


Dalam bangunan tu, ada banyak pameran pakaian yang digunakan dalam adat istiadat bangsa Jawa.










Antara pakaian-pakaian yang dipakai oleh para perajurit serta kerabat istana dalam adat istiadat atau upacara ada dipamerkan di sini..




Di Tepas Keprajuritan, yang ada kat sini adalah Bangsal Pagelaran dan Siti Hinggil. Selain tu kami boleh melihat beberapa koleksi kereta kraton.






Penjaga di kiri kanan sebelum masuk ke kawasan atas..




Ada satu kisah peribadi di sini.. Dulu, arwah abah mertua saya kepingin anak perempuan. Empat anak pertamanya semua lelaki. Waktu melawat ke sini.. Dia terjumpa seseorang yang turut mendoakan dia akan mendapat anak perempuan selepas ini. Sebagai asbab.. Mungkin ada juga yang diniatkan arwah.. Dapatlah Cik Laily kita.. Alhamdulillah.. Kite dan suami tak ada lah apa-apa niat.. Andai ada zuriat. Syukur alhamdulillah.. :)



Pelbagai koleksi kenderaan Kraton. Ada kenderaan yang masih diguna sehingga kini dalam upacara tertentu katanya..



Bahagian emas atas bangsal tu.. tulen bang.. Ohh..




Model mini kawasan Kraton.




Tak begitu banyak bahagian yang boleh dilawati di sini berbanding di bahagian lagi satu. Dan sebelum ke kawasan Kraton yang lagi satu, pemandu pelancong tu ajak kami ke tempat mencanting batik yang memang terkenal kat situ. Tak bisa kami menolak.. Pergilah juga singgah.. Hehe!

Masuk je.. Eii.. Macam best je.. Eksen la jap.. Konon-konon tengah lukis batik.. Hahaha!


Nampak real tak? :D



Sebahagian hasil yang dipamerkan.




Gambar sultan-sultan.




Hasil yang kite plak bawak balik.. Hehe!


Selesai melawat kami segera menuju ke Tepas Pariwisata (Regol Keben). Yuk tengok dalam next entry! ;)