#Throwback our third day dalam trip ni.. Lepas jalan2 kat kebun teh dan strawberi tu kite dah pun tertidur.. Sedar2.. supir kami dah bawa kami ke sebuah tempat makan yg ada hidangan bebek. Bebek tu apa? Bebek dalam bahasa kita bermaksud itik daa.. heheh!
Restoran Bebek Unti.
Tempat makan kat restoran ni memang best. Tempat makan atas air. Pengunjung dibenarkan memberi ikan2 dalam kolam ni makan. Ada makanan ikan yg dijual di kaunter. Ikan2 nya.. Jangan kata kecik anak.. Besar bapak tua2 macam atuk pun ada.. Beso2.. Kalau time makan tu macam ngeri gak kot2 dia pagut ke kaki kite kan.. Hahah!
Sementara nak tunggu hidangan sampai.. Ronda2 dulu posing2 dulu. Luas dan cantik tempat ni. Ada banyak kemudahan misalnya tempat solat dan taman permainan anak2.
Memandangkan tempat ni sejuk dan berangin kuat, tak hairan lah ada pokok2 strawberi ditanam kat sini.
Ke kawasan atas. Ada macam dewan makan juga selain tempat tanaman pokok strawberi dan musolla (surau).
Ada banyak tanaman bunga di sekitar tempat ni.
Bebek. Sekali pandang dan rasa memang macam ayam. Tapi kite rasa macam lagi sedap. :)
Hidangan tengah hari kami bersama encik supir.
Alhamdulillah.. Lepas makan, kami sambung perjalanan ke arah bandar semula. Kami tiba agak awal dan terus ke kawasan Factory Outlet, Jalan Riau. Berbeza dengan Jalan Dago, kawasan di sini lebih banyak outlet yang besar dan kelihatan agak mewah.
Antara outlet sekitar Jalan Riau.
Selepas window shopping dan beli sikit barang di sini, kami singgah di Kartika Sari. Kartika Sari agak terkenal bagi mereka yg nak mendapatkan ole2 makanan drpd Bandung.
Kartika Sari. Jangan lupa singgah sini jika ke Bandung.
Penat berjalan.. Sebelum balik ke tempat penginapan, kami dapatkan dulu khidmat memijat kaki dan bahu. Kat mana? Akar Natural Spa, Jalan Dago. Selesa. Harga sederhana. Hasilnya..nyaman :)
Akar Natural Spa. Cozy place.
Selesai sesi pijat memijat yg melegakan.. Kami minum dulu di kedai makan semalam yg terletak di kawasan depan spa. Balik..banyak benda yg perlu dipacking. Uhh..
Esok. Perjalanan pulang ke Jakarta dulu dgn train. Nak tengok menarik atau tidak.. next entri hokey! Daa.. ;)
No comments:
Post a Comment