Assalamualaikum.. Jumaat. Penghulu segala hari.
Di taska.. Jumaat. Biasanya cuma ada Wiwish dan Asraf. Sementara anak berdua tu tido.. Muhasabah diri tentang rezeki sepanjang hampir setahun kebelakang ini..
Dah hampir setahun. Pertengahan April ni.. Setahun sudah nurseri ni didaftar niaga. Setahun yg lepas.. kite dan kakak bertungkus lumus mempersiapkan pembukaan taska ni.. Anak2 syurga yg mendaftar? Masih belum banyak.. Belum sampai 15 orang. Tapi alhamdulillah..syukur kpd Allah taala. Masih ada rezeki utk terus menguruskan taska ni.
Bukan tiada terus yg datang bertanya. Bukan tiada yg berminat.. Kadang2 mungkin disebabkan nurseri ini masih baru.. Keyakinan sama ada stabil atau tidak..kadang kala menjadi keraguan dalam hati ibu bapa. Ada yg lebih gemar memilih taska yg sudah lama beroperasi.. sungguh pun agak padat. Itu semua rezeki masing-masing kan..
For me.. Allah taala yg menggerakkan hati mereka sama ada utk memasukkan anak mereka atau tidak. Jika tidak.. redha. Jika mendaftar.. rezeki kami. Alhamdulillah.
Meski ada persaingan baru di sini.. walau bukan taska berdaftar juga.. Kami perlu terus bersabar dan kuat. Percaya.. Insya Allah.. ada rezeki kami nanti. Mungkin perlahan-lahan.. Bersabar shj.
Dalam diam.. bila diselusuri semula perjalanan taska ni.. Rezeki itu datang perlahan-lahan. Tidak terus mendadak. Tak dinafikan.. Meneruskan niat membuka taska ni.. Bukan sekadar mengalirkan masa, wang, dan tenaga. Malah air mata. Sukar. Payah. Hampir tiada sokongan. Begitu juga utk mendapat keyakinan. Tak mampu nak ungkap dgn perkataan. Utk apa ? Diam lebih baik.
Diam-diam.. hati sendiri mula menerima. Redha..bila rezeki Allah beri dlm berniaga ni sedikit demi sedikit.. Muhasabah. Mengapa dalam yg diusahakan tidak terus berhasil lumayan?
Tanya pada diri..
Bagaimana kita mahu bersyukur dgn apa yg ada?
Bagaimana jika Allah tidak terus memberi apa yg kita mahu?
Apakah kita boleh terus menerima 'perubahan' apabila menerima hasil yg besar drpd usaha kita?
Jika dalam perjalanan perniagaan ini diberi ujian lain, sekadar mana kemampuan kita menerima?
Berapa kuat kita menerima sesuatu yg lambat atau sedikit demi sedikit?
Apakah keinginan kita selari dgn doa dan kesungguhan usaha kita?
Pendek kata..
Tanya pada diri.
Sejauh mana sabar kita?
Tanya banyak2 pada diri..
Rezeki di muka bumi ini milik Allah taala. Bukan milik manusia yg perlu kita takuti. Sebelum menerima sesuatu hasil yg besar.. terimalah hasil yg sedikit demi sedikit. Mungkin di situ kita akan belajar mensyukuri nikmat yg ada. Usah banyak bermenung.. Malas utk mengeluh lagi.. Apatah lagi asyik melayan patah semangat.. yg asyik turun dan naik. Insya Allah.. selagi ada rezeki di sini.. suatu hari nanti kemanisannya akan dirasai.
Semoga taska ini..
TASKA Intan Lilia.. terus maju dan semangat kami terus cekal berusaha.
Dengan izin Allah.. yg memiliki rezeki di bumi di langit dan pemilik hati kami..
Aamiin..
No comments:
Post a Comment