Hari kedua trip ke Bandung ni agak panjang dan banyak tempat yg kami singgah. Perjalanan pagi tu bermula ke Gunung Tangkuban Parahu.
Gunung ni boleh dapat dilihat drpd banyak tempat di Bandung. Kalau dari jauh, kita dapat tengok gunung ni macam bentuk perahu yang terbalik. Mengikut cerita ada lagenda di sebalik bentuk gunung ni.
Kisah Sangkuriang yg jatuh cinta dgn Dayang Sumbi, yg sebenarnya ibunya sendiri. Bila Dayang Sumbi tahu yg Sangkuriang tu anaknya yg dah terpisah, dia minta dua permintaan jika nak berkahwin. Satu drpd permintaan tu adlh membina sebuah perahu yg besar sebelum terbit fajar esoknya.
Dipendekkan cerita, ibunya berjaya menggagalkan usaha Sangkuriang. Apalagi..Sangkuriang yg marah dan kecewa pun menendang perahu tu lalu tercampak dan terbalik di atas gunung.. Fuuhhh..!
Cuaca pagi yg cerah.. Nyaman sekali tengok suasana hijau sepanjang jalan..
Dah sampai, kita posing lah dulu.. ;)
Kawah di atas gunung ni masih berasap lagi keluarkan wap, tapi tak aktif ketika tu.
Sesuatu yg amat kite tak sangka ketika sampai di atas ni.. Selepas berjalan sikit.. Tiba-tiba bila pandang ke langit, Masya Allah.. Besar sungguh kuasa Allah SWT. Awan berbentuk seakan2 kalimah ALLAH. Sebenarnya lagi jelas sebelum sempat snap pic.. Sebab terpegun agak lama, tak terkata apa.. Lama sikit sempatlah rakam gambar ni.. Allahu Akbar!
Di sepanjang laluan mengelilingi kawah di atas gunung ni, ada gerai2 yg menjual makanan2 dan cenderahati. Macam2 ada.. Tapi supir kami sendiri mengingatkan supaya tak terpengaruh sebab kat atas ni jual mahal sikit lah.. Maknanya boleh dapat lagi murah kat tempat biasa.
Antara cenderahati yg dijual.
Okaylah.. Penat jalan2 atas tu ditambah dgn orang2 yg memujuk beli barang tak habis2 smpai kami pening.. Kami pun mula bergerak cari tempat makan. Sebelum bertolak, kakak kite ada cakap tempat makan yg menarik kat Bandung antaranya Kampung Daun.
Pintu gerbang dah cun. Macam mana lah kat dalamnya ek..heheh!
Masuk je kawasan ni dah buat kite nak amik gambar banyak2. Memang natural beauty lah bak kata orang. Tempat makan dia berbentuk pondok2. Kawasan dia memang menghijau dgn banyak tumbuh2an dan ada air terjun kecil. Dari jauh dah boleh dengar. Aman dan menenangkan. Sangat sesuai utk kite yg suka hijau.. Yerghh.. go green, babeh! :-D
Jom cuba teh Kampung Daun.
Waktu kite datang, takde plak orang ni masak2 kat sini.. nak ikutkan ada tau.
Antara makanan yg kami order. Boleh tahan sedap. Tak rugi cuba.
Ini..kite sendiri yg order. Kalau tak silap nama dia, Nasi Goreng Istimewa Kampung Daun. Sedap dan kenyang sangat! Alhamdulillah..
Anyway.. kalau awak2 ke Bandung lepas ke Tangkuban Parahu tu bolehlah ke sini utk makan tengah hari. Perjalanan walau agak jauh tapi berbaloi dgn scenery dan rasa makanan kat sini (ketika kite pergi la..) hehehe. Harga pun tak begitu mahal menurut encik suami yg membayar (jangan tanya harga dgn kite sbb tak suke kira currency) Muahaha!
No comments:
Post a Comment