Wednesday, 18 March 2015

Solid Food : Apo ko bondo eh..


Hurmm.. Solid food.. Laa ni kalau dlm Fb ke blog2 ke IG.. Banyak mommies2 yg sangattt teruja utk bagi bayi mereka yg baru nak makan makanan pepejal dgn cara yg baik dan berkhasiat. Some of them mengakui amat cerewet dlm mengenalkan bayi mereka makanan pertama.

Baguslah.. Tu tandanya dah banyak kesedaran tentang makanan berkhasiat utk bayi. No sugar, no salt! Original gituu..

Starter utk solid food for 6m babies biasanya puri buah (tapi tak semua jenis buah la..) atau kabohidrat iaitu.. bubur kosong. Plain tak letak hape pon.. Kebanyakan doktor pun suggest bagi plain porridge. Ingat masa kite semua kecik2 budget ada ke blend2 buah beria.. Kalau orang susah bubur cair je tau..

Daripada experience atau apa2 yg kite baca.. Antara tanda babies tu dah boleh menerima makanan adlah (1) berat badan yg dua kali ganda dari waktu dilahirkan (2) bayi dah mula menunjukkan minat bila melihat makanan atau orang yg makan (3) suka masukkan lebih daripada satu jari dalam mulut (4) dah pandai menganga kalau kite acah2 nak suap makanan atau masuk jari.. pastu.. kalau kite makan, dia pun nak capai apa2 yg kite makan.


Jadual menu yg boleh mommies2 guna utk buat solid food.


Katanya lagi.. (kata banyak orang dan blog2 yang kite baca..) ada plak 'solid food for baby using 4 day - rules' which is mommies bagi 4 hari berturut2 menu yg sama utk tengok sama ada anak sesuai atau alah atau tidak kepada sesuatu makanan.

Hurmmm.. Cuma bila bercakap pasal 'Solid Food' ni..ada 'suatu' rasa yg ingin kite kongsikan dlm entri ni..

Keinginan memberikan yg terbaik, bukanlah hanya tentang makanan yg diberi atau kesedaran bila anak kita akan mula makan.. Yg terbaik utk anak juga adalah kesesuaian memberikan atau menyediakan sesuatu mengikut keperluan anak kita sendiri.

Tak salah mengambil pendapat atau nasihat orang. Tidak ada yg silap juga jika seseorang yg bukan pakar pemakanan atau doktor atau tidak pernah melahirkan anak utk memberikan pandangan TETAPI mempunyai pengalaman dlm bidang penjagaan awal kanak-kanak . Pucuk pangkalnya..bukan hanya apa yang anak kita makan.. TETAPI.. APA dan BILA anak kite memerlukan sesuatu?

Memberikan bayi makanan pertama bukanlah sesuatu yg patut dijadikan 'ketakutan' dalam diri mommies terutama adik2 yg masih muda.. Ketakutan sehingga melambatkan memberi sesuatu yg perlu, iaitu makanan walau pun bayi sudah jelas memerlukan. Sehingga pada satu tahap bayi merengek meragam seharian.. Tidur kurang nyenyak kerana benar2 lapar.

Kite..sebagai pengusaha dan pernah bekerja di Taska, berhadapan dgn beberapa pengalaman.. Perlu realistik tentang solid food ye mommies.. Komitmen amat diperlukan dlm penyediaan solid food ini. Bukan menunggu bayi sudah lebih 6 bln, ada yg sudah 7 bln lebih baru hendak disediakan perancangan makanan solid.. Sedangkan anak sudah menunjukkan ciri2 bersedia menerima makanan seawal 5 bln ++.. Ini realiti.

Begitu juga dari sudut lain.. Kebersihan misalnya..juga satu keperluan. Sesetengah mommies (bukan semua ye..bg yg menghantar anak ke nurseri).. mungkin begitu particular tentang pemakanan tetapi lupa utk menyalin pakaian atau membersihkan anak yg bersisa makanan atau muntah susu. Prihatinlah mommies.. Kebersihan mempengaruhi kesihatan anak anda juga.. 

Okaylah.. Kite tak nak bebel lebih bnyk.. Cuma nak kata.. Entri ini bukanlah bertujuan utk mengatakan kite lebih bijak atau bagus.. Sekadar berkongsi rasa dan pandangan tentang keperluan babies berdasarkan sedikit ilmu dan pengalaman..

Peace yo! ✌


Contoh planner solid food.




Contoh solid food yg mommies kat nurseri kite bekalkan. One of them, is a mother of 3 children. Kite salute lah dgn dia. Sangat bersungguh dan yakin utk sediakan anak makan 3x sehari dgn menu berlainan.. walau pun kadang2 bila baca Fb atau IG dia.. orang sibuk tanya.. "eh boleh ke baby 7-8 bln makan itu..ini..?" Hahaa..  



No comments:

Post a Comment