Tuesday, 31 March 2015

Terbang : Jakarta - Bandung Day 3

Haluuu.. Anyone out there? Bwahaha!

#Throwback hari ketiga trip Jakarta - Bandung.. Juga tak kurang panjang.. dan disebabkan hari ketiga ni pun banyak gambar2 best.. So, kite decide nak buat dua entri. Selamat melayari blog kite ye! ;)

Hari ketiga trip kami menuju ke arah Selatan Bandung pula.. ke daerah Ciwiney. Kat sana terletak sebuah tempat yg dipanggil Taman Wisata Kawah Putih. Sebelum bertolak ke sana kami ke stesen keretapi dulu utk beli tiket keretapi ke Jakarta supaya tak kelam kabut pagi esok. 



Isi borang dulu.. Nanti amik nombor baru pergi kaunter tiket. Lain2? Tunggu next entri okay ;)


Actually, kite pun tak tau sangat pasal Taman Wisata Kawah Putih ni.. Katanya tempat ni merupakan sebuah danau yg terbentuk hasil gegaran letusan Gunung Patuha. Tempat ni dikatakan kawasan misteri sebab bila burung2 terbang lintas atas kawasan ni je..mati.. Jeng jeng jeng.. 

Akhirnya datang sorang omputih meneroka tempat ni.. Rupa2nya tempat ni mempunyai kandungan belerang yg kuat.. Disebabkan tempat ni cantik maka dipromosikan pulak jadi tempat pelancongan.. Begitulah ceritanya..



Kaunter tempat beli tiket.




Penjual yg menjual belerang utk pelbagai guna.



Walau kawasan ni ada bau belerang, tapi suasananya agak sejuk dan nyaman. Angin jugak kuat dan sejuk kat sini..



Masya Allah.. Cantik kan..


Lepas jalan2.. Kami minum dulu di sebuah kedai makan berhampiran dengan tempat menjual tiket. Kalau awak2 pergi nanti, singgahlah. Tempatnya bersih dan sangat cosy



Tak ingat nama makanan ni. Macam beras pulut tapi ada cicahnya. Sedap.



Jus Strawberi. Two thumbs up! Fresh!



Lepas minum2 tu.. Kami ke kawasan berhampiran. Saje nak tengok pokok2 teh dan strawberi. Kawasan ni kan kawasan tinggi.. Jadi kebanyakan tanaman mereka tanam adlh teh dan strawberi.. Kalau nak beli pun ada jual sekitar tempat ni. Ala2 Cameroon Highland lah.. 



Cantik pemandangan kat sini. Cuaca baik. Udara sejuk dan segar. :)



Pokok teh. Dulu gi Cameroon Highlands tak lah masuk ladang gini.. Hehe!





Strawberi beri the red merry. Manis.. Tapi kadang2 masam juga. Like ME! Hahaa..


Alamak.. sedar tak sedar dah lewat ni.. Ingat sempat nak cite sume pasal hari ketiga.. Tapi esok kite kena kije kan.. Walau pun kije sendiri.. Tapi lagi kena werk kuat2 la.. Kalau tak.. Miss soru nanti.. Hekhekhek! So.. next entri tunggu kite ada masa ye.. Till we meet again. Soon! XOXO!




Sunday, 29 March 2015

Terbang : Jakarta - Bandung Day 2 Part 2


Hari kedua kami di Bandung sememangnya hari yg agak panjang.. Jadi, kite buat dua entri utk hari kedua.

Lupa kite nak cite.. sebelum kami ke Kampung Daun, kami singgah ke tempat jual hasil tenusu. Ada perisa2 juga. Sedap.. Nanti cuba tanya supir awak kalau dia boleh bawak ke sini. :)


Kedai ni kat kawasan pasar yg kite ingat.




Yogurt2 berperisa. Macam2 ada..


Lepas je makan kat Kampung Daun, Kami terus ke Pasar Baru. Pasar Baru tu tempat jual banyak kain macam mall kat Malaysia la.. Ala2 Masjid India pun boleh jugaklah.. Memang rambang mata. Kite yg tak reti beli kain pun terjebak lagi beli kain dua pasang. Sampai laa ni masa kite tengah taip ada sepasang kain tak tempah lagi. Muahahaha!!


Pemandangan semasa 'turun' dr Kampung Daun. Boleh nampak Tangkuban Parahu..


Sesuatu yg kite puji.. Diaorang layan memang tip top lah.. Utk kite yg meneman tapi tak membeli ni dia siap hidang air botol Sosro tu lagi (gambar dlm IG ada).. Last2.. tu kite beli tu.. Hakhak!



Dari kawasan parking Pasar Baru pun boleh nampak Gunung Tangkuban Parahu.


Lepas tu kami singgah juga ke Toko Tiga. Ada jual macam2 jeans. Kot2 ada yg berkenan..tapi tidaklah kite membeli walau ada macam2 jeans yg jual kat sini.. Pasal kite ni ada beberapa benda selesa juga beli kat Malaysia. Entah kenapa tak tau le.. huhu.


Lepas ke Toko Tiga tak berapa minit pun sbb tak rasa nak membeli, kami ke Jalan Dago. Haa.. boleh tahan juga rambangnya mata kat sini. Ada banyak juga outlet kat sini.. Standby aje duit.. Bwahaha!




Sekitar Jalan Dago. Ada banyak gambar lagi. Tak larat nak upload. Spa dia tu pun nampak macam best kan.. Hehehe!


Kami jalan2 tu agak lama juga.. Sedar tak sedar perut dah berkeroncong balik.. Jadi kami decide makan kat kedai makan berhampiran tu aje. Kalau awak2 ke Jalan Dago, tak susah nak cari kedai makan ni.

Untuk keselamatan dan kesejahteraan perut kami, kami tak memilih makan di warung2 tepi2 jalan yg selalu pakai tolak atau yg basikal tu aje. Almaklum tempat orang.. Karang kalau ceri beri.. dah terjejas plak keharmonian perjalanan. Kan? ;)




Antara pilihan makanan malam tu. Boleh tahan sedap. 


Kenyang perut senang hati.. Kami pun balik segera pasal esoknya perjalanan memang agak jauh. Ke mana kite? Tunggu next entri. XOXO!







Friday, 27 March 2015

Terbang : Jakarta - Bandung Day 2


Hari kedua trip ke Bandung ni agak panjang dan banyak tempat yg kami singgah. Perjalanan pagi tu bermula ke Gunung Tangkuban Parahu

Gunung ni boleh dapat dilihat drpd banyak tempat di Bandung. Kalau dari jauh, kita dapat tengok gunung ni macam bentuk perahu yang terbalik. Mengikut cerita ada lagenda di sebalik bentuk gunung ni. 

Kisah Sangkuriang yg jatuh cinta dgn Dayang Sumbi, yg sebenarnya ibunya sendiri. Bila Dayang Sumbi tahu yg Sangkuriang tu anaknya yg dah terpisah, dia minta dua permintaan jika nak berkahwin. Satu drpd permintaan tu adlh membina sebuah perahu yg besar sebelum terbit fajar esoknya. 

Dipendekkan cerita, ibunya berjaya menggagalkan usaha Sangkuriang. Apalagi..Sangkuriang yg marah dan kecewa pun menendang perahu tu lalu tercampak dan terbalik di atas gunung.. Fuuhhh..!


Cuaca pagi yg cerah.. Nyaman sekali tengok suasana hijau sepanjang jalan.. 



Dah sampai, kita posing lah dulu.. ;) 




Kawah di atas gunung ni masih berasap lagi keluarkan wap, tapi tak aktif ketika tu.



Sesuatu yg amat kite tak sangka ketika sampai di atas ni.. Selepas berjalan sikit.. Tiba-tiba bila pandang ke langit, Masya Allah.. Besar sungguh kuasa Allah SWT. Awan berbentuk seakan2 kalimah ALLAH. Sebenarnya lagi jelas sebelum sempat snap pic.. Sebab terpegun agak lama, tak terkata apa.. Lama sikit sempatlah rakam gambar ni.. Allahu Akbar!



Di sepanjang laluan mengelilingi kawah di atas gunung ni, ada gerai2 yg menjual makanan2 dan cenderahati. Macam2 ada.. Tapi supir kami sendiri mengingatkan supaya tak terpengaruh sebab kat atas ni jual mahal sikit lah.. Maknanya boleh dapat lagi murah kat tempat biasa.




Antara cenderahati yg dijual.



Okaylah.. Penat jalan2 atas tu ditambah dgn orang2 yg memujuk beli barang tak habis2 smpai kami pening.. Kami pun mula bergerak cari tempat makan. Sebelum bertolak, kakak kite ada cakap tempat makan yg menarik kat Bandung antaranya Kampung Daun.


Pintu gerbang dah cun. Macam mana lah kat dalamnya ek..heheh!




Masuk je kawasan ni dah buat kite nak amik gambar banyak2. Memang natural beauty lah bak kata orang. Tempat makan dia berbentuk pondok2. Kawasan dia memang menghijau dgn banyak tumbuh2an dan ada air terjun kecil. Dari jauh dah boleh dengar. Aman dan menenangkan. Sangat sesuai utk kite yg suka hijau.. Yerghh.. go green, babeh! :-D



Jom cuba teh Kampung Daun. 



Waktu kite datang, takde plak orang ni masak2 kat sini.. nak ikutkan ada tau.



Antara makanan yg kami order. Boleh tahan sedap. Tak rugi cuba.



Ini..kite sendiri yg order. Kalau tak silap nama dia, Nasi Goreng Istimewa Kampung Daun. Sedap dan kenyang sangat! Alhamdulillah..



Anyway.. kalau awak2 ke Bandung lepas ke Tangkuban Parahu tu bolehlah ke sini utk makan tengah hari. Perjalanan walau agak jauh tapi berbaloi dgn scenery dan rasa makanan kat sini (ketika kite pergi la..) hehehe. Harga pun tak begitu mahal menurut encik suami yg membayar (jangan tanya harga dgn kite sbb tak suke kira currencyMuahaha!




Thursday, 26 March 2015

Jakarta - Bandung : Saidah Guest House

Kali ni.. Nak cerita skit psl tempat penginapan kami di Bandung. Penginapan kami diuruskan oleh trip manager juga...heheh. Saidah Guest House


Kami tiba lebih kurang pukul 8.15 waktu Bandung. Tapi memang dah gelap betul lah.. Sbb kalau ikut masa kita dalam pukul 9.15. Dah malam lah kan.. Sejuk juga pasal masa tu musim hujan di Bandung.


Saidah Guest House ni macam sebuah rumah dua tingkat yang sangattt besar dan mempunyai banyak bilik. Masa supir nak cari tu agak susah juga sbb kedudukannya di tengah2 kawasan taman perumahan yg berhampiran dgn Universitas Bandung. Walau pun harganya agak ekonomi, tapi setiap bilik ada kelengkapan yg baik spt almari dan meja solek serta bilik air dalam kamar. Bilik kita dgn bilik mak mertua menginap okay je.. Experience orang lain mungkin tak sama. :)


Dah masuk dalam bilik tu..masa nak charge handphone barulah perasan.. soket dua mata. Pertama kali ke Indonesia kan.. So, barulah tau semua soket di sini soket dua mata kepala bulat. Kebetulan encik suami memang  ada bawak satu.. tapi yg kepala segi empat. Tak berapa jejak sangat lah..tapi voleyy ah.. :-p


Penginapan kami disertakan dengan sarapan pagi. Pilihan makanan tidaklah banyak memandangkan penginapan ini boleh dikira penginapan budget. Kaunter makanan juga tidak besar. Ada pilihan kuih muih, roti bakar, dan makanan yg agak berat yg sudah sedia dibungkus.



Ruang legar bahagian atas.



Kawasan luar guest house ni..



Kawasan ruang makan ada beberapa buah meja. Line internet pun lebih okay kat sini..heheh!



Nasi Kuning.


Overall bagi kite.. Saidah Guest House ni sederhana dan bersesuaian dgn harganya (tak ingat plak..sila search sdn. bhd..). Lagi pun kalau dah namanya berjalan ke Bandung tu memang tak lah nak mem'buta'kan mata kat atas katil je kan.. Rugilah. Setakat mandi dan tidur selesa beberapa jam plus bersih.. Boleh cuba menginap kat sini. ;)