Beberapa bulan sudah tidak update blog ni. Agak sibuk sebenarnya dengan kerja-kerja di Taska.. Fuhh.. Dicampur lagi dengan kesukaran mencari pekerja untuk membantu di Taska.
Antara syarat wajib pekerja di Taska adalah warganegara Malaysia dan berusia 17 tahun ke atas. Bermakna sekurang-kurangnya berkelulusan SPM. Manakala gaji minimum permulaan selepas confirmation juga perlu mengikut garis minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM900.00 sebulan.
RM900.00 sahaja?! Ya.. Bagi sesetengah orang mungkin amat kecil. Tidak mampu untuk menyara kehidupan dalam zaman GST ini katanya.. Sedangkan bagi Taska-taska orang Melayu yang menerima yuran purata RM300 seorang kanak-kanak dengan kuota tertentu, bukanlah satu perkara yang mudah. Berbeza dengan bangsa lain yang kadang kala yuran bulanan sehingga RM500 bagi seorang kanak-kanak. Ada kala nya Pengusaha Taska tidak bergaji bulanan seperti pekerja sendiri.
Apa nak buat.. Inilah cara rezeki yang kami peroleh dan ditentukan olehNya. Perkara yang lebih utama.. Kepuasan dan keikhlasan dalam menjalankan perniagaan yang juga berbentuk bekalan akhirat. Menjaga, mengasuh, dan mendidik anak-anak syurga.
Cuma kadang-kadang sedikit terkilan dengan mereka yang berkelulusan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Me.. as a Pengusaha, berusaha memberikan kemudahan selain gaji tetap seperti tempat tinggal dan makan tengah hari secara percuma selain elaun, kursus-kursus yang bersesuaian, kenaikan gaji, saguhati tahunan.. Mungkin tidak besar untuk kelulusan mereka.. Tetapi tidaklah kami bersenang lenang sehingga kaya mewah sedangkan mereka bergaji minimum.
Bila diiklankan jawatan kosong.. selepas salam diberi, perkara pertama yang ditanya.. "Gaji berapa kak?" Kadang kala pertanyaan hanya melalui wassap atau sms. Jika tidak berminat, tiada basa basi menolak tawaran..
Tidak seperti zaman dahulu.. Kita datang ke tempat kerja dan menjalani sesi temuduga. Perkara terakhir dalam temuduga barulah berkaitan gaji.. Jika hadir ke temuduga pun.. kadang-kadang tanpa resume atau salinan-salinan sijil yang diatur kemas. Apakah begitu caranya memohon kerja, wahai adik-adik?
Malah bila diteliti pula kelulusan sesetengah daripada mereka.. hanya lulus 3-4 subjek SPM sahaja. Betul.. kelulusan SPM bukanlah pengukur sama ada anda berkemampuan menjalankan atau tidak.. Tetapi, dengan kelulusan itu memberi gambaran attitude anda ketika zaman remaja anda sendiri.. Keseriusan anda untuk menghadapi peperiksaan yang besar.
Dengan kelulusan beberapa subjek sahaja.. Tidak mahu ketinggalan dengan kawan-kawan, masuk ke kolej swasta. Menghabiskan 2-3 tahun untuk mendapatkan sijil diploma yang kadang kala cukup-cukup makan shj. Bila tamat dan mencari pekerjaan.. begitu demand sekali. Sehingga terlupa adab dan tatatertib memohon pekerjaan.
Aduhaii sayang, adik-adik lulusan pendidikan awal kanak-kanak.. yang masih muda.. yang masih belum berpengalaman.. Kehidupan yang hanya bermula dengan kesenangan tidaklah manis akhirnya tanpa kepayahan. Belajarlah menimba pengalaman. Gaji yang banyak tidak tentu mampu menampung kehidupan sekiranya fokus kita adalah wang semata-mata. Ikhlaslah bekerja mencari rezeki. Tanya pada diri, daripada mengeluh gaji yang kecil semata-mata.. Apakah fokus dan matlamat kita jika memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak?
Kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ada manisnya jika ada ikhlas, minat, dan kesungguhan. Untuk apa berasa bangga pada hari graduasi, jika tidak ada hala tuju dan tidak sanggup mencipta kejayaan seterusnya? Dan untuk para ibu ayah.. janganlah disimpan anak yang berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak hanya kerana status diploma mereka. Berikanlah mereka.. panduan, sokongan, dan kesedaran tentang kelebihan menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak.. dari sudut dunia dan akhirat.
Kepada mereka yang belum memohon tetapi sedang mempertimbangkan untuk memohon jurusan pendidikan awal kanak-kanak.. Berfikirlah sedalam-dalamnya.. hala tuju anda. Bidang ini tidak menjanjikan pulangan lumayan..tetapi sebahagian tabungan untuk saham akhirat juga.
P/S : Post ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak.. Tetapi, sekadar berkongsi rasa tentang cara dan adab bagi yang mahu bertanya tentang jawatan kosong di mana-mana Taska.
No comments:
Post a Comment