Wednesday, 30 December 2015

Short Vacay : Cuti Krismas 2015

Cuti berganda datang lagi..! Ke mana kita nih? Ke ibu kota Malaysia.. Kuala Lumpur lahh.. Bwahaha! Tetapi disebabkan kekangan masa, hanya sesekali ke KL selepas graduate tahun 2004.

Memandangkan hujung tahun 2015 ni ada cuti berganda kerana cuti Maulidur Rasul dan Krismas jatuh pada hari Khamis dan Jumaat.. Manakala cuti hari Jumaat diforward ke hari Ahad.. Kami pun gunalah kesempatan untuk ke KL semalaman. Selain bawak budak2 ni berjalan, ambil kesempatan beli sikit barang mainan untuk Taska kami. Menyelam sambil minum air kata orang.. ;D


Muka budak mengantuk tapi tak nak tidur sebab excited jalan jauh.. :)


Cuti kali ni, hanya husband, my sister dan anak2 dia je yg ikut.. Mak balik kampung.. Abah pulak sibuk dengan orang yg nak charted cab.. Huhu..

Sampai KL masa tu lebih kurang pukul 3 lebih. Kami terus ke Sunway Putra Hotel (formerly known as Legend Hotel) di Jalan Putra. Hotel ni hotel lama yang diambil alih oleh pengurusan Sunway. Berhadapan dengan bangunan PWTC dan sangat dekat dengan kawasan Chow Kit..

Masa kami sampai tu memang agak lama que untuk check in. Memang banyak orang masa tu sebab cuti panjang kan.. Dutambah dengan cuti sekolah. Urusan di kaunter tak susah disebabkan sedara kami dah bookingkan lebih awal. Kalau tak.. Possibility tak dapat bilik tu ada.. Huahaha!
.

Kakak amik kesempatan posing while waiting for mama.



Ini budak tak boleh duk diam. Dia sangat teruja dengan hiasan ala-ala pintu rumah witch dalam cerita Hansel and Gretel tu.. Hahaha!



Semua amik gambar macam patah leher menunggu mamanya que.. Hehe!




Mia snap gambar Ucu posing. :)


Selesai je urusan check in.. Kami terus ke bilik. Bilik kami merupakan dua bilik yang berhubung antara satu dengan yang lain. Satu bilik katil kelamin dan satu lagi bilik dengan dua katil single. Tapi setiap bilik ada bilik air. Condition bilik-biliknya amat selesa, bersih, dan moden. Cukup untuk kami bermalam satu malam.. 



Nampak macam dia gi holiday sensorang.. Haha!



View dari bilik.



Malas nak keluar? Order makanan ke bilik je.. Harga pun siap tulis.. Boleh budget.. ;)


Hotel ni merupakan hotel 5 bintang. Jadi banyak peralatan dan kemudahan yang kita perlukan ada disediakan di setiap bilik.



Lepas berehat sekejap, kami bersiap sedia keluar. Mula-mulanya kami bercadang nak ke KLCC je.. Lepak-lepak dan makan. Tapi disebabkan hati my sis and I yang tak dapat menahan nak pergi terapi window shopping.. kami terus ke IKEA Cheras



Budak age ni memang tak reti jalan agaknya.. Mesti nak berlari ke sana sini. Alahaii sayang.. 



One two three.. pose!

Nak sampai ke IKEA Jalan Cochrane Cheras tu.. kami masuk jalan kat town area dulu.. Saje pusing2.. Lepas tu baru masuk Jalan Tun Razak. Nak susur masuk ke Jalan Cochrane tu memang agak berpusing-pusing. Agak sesat jugalah nak mencari walaupun dah nampak buildingnya. Namun, disebabkan semangat nak ke situ, diteruskan juga.. Sekali nak masuk.. Mak aihh.. Panjang betul que nak turun ke parking!


Ini memang budak-budak suka kan.. :)


Masuk situ masa memang tak terasa dah berlalu.. Walaupun sesak dengan banyak orang. Musim cuti kan.. Sempatlah grab apa-apa yg teringin nak beli.. Soft toys yg comel-comel, stall mainan, cutlery dan beberapa lagi barang2 lain.. Gambar? terlupa snap sebab terlalu siokk.. Ngehehe!

Dan disebabkan tak sedar masa dah berlalu dah hampir ke pukul 10.. kami makan je kat cafe dalam IKEA tu..Dah tu terus balik ke hotel.. Budak-budak pun dah penat..


Nak beli makanan pun que panjang.. Sampai si kecik ni hilang kejap. Jumpa kat mana? Kat tempat air! Tengah mendongak tengok orang amik air. Haus sangatlah tu.. Gabra kejap daddy dia.. Haa..



Good morning, Key El!


Pagi tu awal-awal si kecik tu dah bangun kejut.. Nak "am am" (makan) dia cakap.. Makanya bersiaplah turun ke coffee house utk breakfast awal.. Nanti nak terjun pool pulak.. Okaylah.. Turn budak-budak plak enjoy ye.. :)


Each room memang dapat newspaper ni every morning..



Coffee house satu level dengan lobby area..



Kakak malu-malu nak amik gambar castle ni sebab dekat kaunter buffet.. :)



Boss Ryfan dah siap chup tempat duduk.. 




Pose2 untuk wassap ayah yg tak dapat ikut.. 



My picky eater ni menu breakfast paling sihat.. Cereal dgn buah.. :D  


Menu breakfast banyak juga pilihan.. Rasa? Ada yg betul-betul sedap ada yg moderate. Sesuai dengan taraf hotelnya.. Dah siap makan.. yg  si kecik dah tak boleh tahan nak teruskan aktiviti 'larian' dia ke sana ke mari.. Bawak lah dia pusing-pusing amik gambar kenang-kenangan kat area lobi kejap sementara tak banyak orang.. Haha!


Picture paling win.. Mmmuuaahh ciket!



Ini pose alasan nak buat 'kek' pagi-pagi kan.. Hahaha!




Dah kenyang masing-masing.. Dah puas amik gambar.. Semua dah macam recoder cakap ulang-ulang.. Nak mandi kolam.. Baiklahh.. Haishh..


View swimming pool dari bilik..



Siap tukar baju mandi.. Ke sinilah kita sampai kocut jari jemari den yang mulus ni.. :P



View dari pool side.. Nice!


Siap mandi.. kami bersiap-siap dah nak check out.. Short vacay ni satu malam je ye anak-anak.. Ada kelapangan, ada rezeki.. Kita jalan tempat lain plak.. Insya Allah..


Peace yo!



Pengsan!


Sebelum balik tu.. ada insiden yg memang sangat tidak disangka-sangka. Sampai kat tempat parking.. Satu drpd tayar kereta lembik! Totally takde angin! Sangat-sangat suprise.. Kami sangkakan bocor atau terkena paku.. Maka encik suami pun tukarkanlah tayar spare sementara. Tapi disebabkan perjalanan kami nanti panjang.. dan dengan tayar spare tak boleh berani nak jalan sampai ke JB.. kami pusing-pusing area berhampiran kalau-kalau ada kedai tayar bukak cuti Krismas ni.. Dalam hati doa je banyak-banyak..

Nasib kami baik.. Akhirnya jumpa satu kedai tayar yg bukak cuti-cuti macam ni.. Dekat area Kampung Baru.. Tapi yang peliknya.. Kata orang kedai tu kata.. Takde sebarang kebocoran atau pecah! Pelik kan?

Kami cuma mengagak.. mungkin ada orang yg sengaja keluarkan angin tayar kereta kami supaya kami minta bantuan di hotel tadi.. Dapatlah tips ye.. Sebab tadi kata encik suami.. Masa kami nak check out.. Ada orang kat kaunter tu macam 'cega' je dengan kami.. Macam tertunggu-tunggu..  Cina kedai tu cuma senyum je dan bantu kami isikan angin dan tukar tayar semula.. Bagi dia.. biasalah.. Orang nak hidup kat KL ni kadang-kadang apa-apa pun boleh buat. Dia cuma ambil upah RM5 je.. After that.. perjalanan diteruskan.. Alhamdulillah..

So.. kami teruslah ke KLCC.. Nak bawak budak-budak ke Petrosains cadangannya..


Que panjang.. Kita lunch dulu kat food court ye anak-anak..


Sebelum masuk ke Petrosains tu.. kami pergilah makan dulu. Sebab tengok tempat tiketnya nak beratur.. Makk aihh.. Panjang betul.. Tenaga dah habis nih cari kedai tayar.. Haha! Selesai makan.. baru nak beratur beli pass.. dah habis.. Rupa-rupanya ada limit berapa orang boleh masuk.. Huhu.. Takde rezekilah kali ni nampaknya.. Kami decide jalan-jalan je dan keluar ke taman.



Tak dapat masuk.. Ambil gambar kat luar je ye.. :)


Sekali lagi kite sendiri suprise! Banyaknya 'pelancong' yang bersidai kat luar KLCC sampai ke taman dia.. Dah macam kat negara asing.. Hmm.. makanya tak berani kami nak lepaskan budak-budak kat sini.. Kami ambil gambar kenang-kenangan.. Then, kami pun bertolak balik memandangkan dah lewat petang..


Air.. kata Qarl.


Anyway.. Short vacay hujung tahun ni.. Walaupun cuma dua hari satu malam je.. Tapi rasa puas sangat.. Both of us, my sis and I dapat terapi 'soppeng' skit kat IKEA.. Anak-anak.. dapat mandi kolam dan jalan-jalan. Bagi diaorang.. Nilai masa yg kami fokus pada diaorang tu bagi moment yang cukup happy, bak kata kakak dgn abang.. Terasa sangat diaorang dah membesar dan mula faham..

Alhamdulillah..

Insya Allah.. Ada kisah jalan-jalan kami, walau pun singkat.. nanti kite share lagi ye.. Jumpa lagi dlm entri yg lain.. XOXO!




Thursday, 15 October 2015

Rayqal Requilmie 2nd Birthday Party

Selesai sudah birthday party si arjuna kite yang kedua kelmarin.. Alhamdulillah.. Buat secara kecil-kecilan kat taska dengan anak-anak yang lain.. 

Birthday kali kedua ni kite buat tema kartun Cars tu.. Merah putih. Sebab dia sangat lah suke dengan kereta.. Last year kami buat tema baby safari.. Actually tak lah whole things ikut tema.. tapi ada banyak benda macam kek dan warna ikut tema yang dipilih.. 



Throwback last year birthday party theme.. Baby Safari.. Yang ni dia still tak faham kan.. So, tema kita pilih sebab sesuai dengan berat badan dia masa tu.. Berat bulat macam baby tiger! Haha!



Kek ni kami tempah dengan sorang kakak kepada kawan my sis.. But since anak dia sakit, dia cuma jaga anak dia je sekarang..



Baby tiger fav spot!


Untuk tahun ni punya birthday cake, actually kite tempah kat Season.. Tapi last minute dia cakap kilang tak boleh buat sebab gambar dah habis (tak faham sebab malas nak faham dah sebab dah marah).. So, tak boleh print la design dia.. Hishh! 

So, kami ke kedai biasa je. Nasib baik sedap juga kek dia.. Fresh! Dan ikut tema.. huhu!





Thank you and bye! ;P


Doa kite.. Semoga jadi anak yang taat dan soleh.. Mendamaikan hati.. Berjaya dunia dan akhirat. Aamiin..

Insya Allah.. Ada rezeki next year kite buat makan-makan dengan kawan-kawan lagi ye sayang.. Mmuuahh!



Wednesday, 16 September 2015

Birthday is Hari Jadi! ;)

Alhamdulillah.. 8 September lepas, kite sambut hari jadi yg ke... Ssshhh! Hahaha! Takpe lah.. Apa ada pada nombor ye tak? Yang penting.. banyak2 doa.. Biar sampai mana pun umur kita, biar buat banyak amalan yang baik2 sebagai bekalan akhirat ye.. Insya Allah.. Aamiin..

Dan.. rezeki kali ni.. Kite dapat juga lunch kat satu tempat, yang lamaaa sangat kite tak pergi. Dulu kite selalu pergi sini pagi2 sebelum sekolah. Tempat ni dekat sangat dengan sekolah kite. Kadang2 malam pun kite gi. Sebab.. kakak kite dulu keje kat sini.. Lama dah.. Nama tempat ni pun dah tukar.

Kat mana? Kat Thistle Hotel atau dulu dikenali sebagai Hyatt Regency Hotel.. Jay Bee!

Pagi tu.. Kite gi keje macam biasa lah. Dah nak lunch tu my sis ajak lah keluar. Rupa2nya dia ingat yg kite kata kite macam nak makan kat hotel ni. Taska kite area belakang hotel ni je. Jadi kami pun call nak tanya lunch buffet dia berapa utk hari ni. Tup tup orang hotel kata takde lunch buffet hari ni. So, kami ronda2 lah. Nowadays yang kami noticed tak banyak hotel serve lunch buffet for weekdays. Mungkin sebab tak berapa ekonomi zaman GST ni. Orang kurang kot.. Jadi kami singgah ke Berjaya Waterfront Hotel kat Stulang. Dulu mula2 dikenali sebagai Eden Hotel lepas tu Zone. Sekarang dah dibeli oleh Berjaya Group. 

Sampai sana.. Mak aihh! Terkejut kami.. Hotel tu macam hidup segan mati tak mau. Takde orang pun kat coffee house dia. Dah macam hotel tinggal. Compare dulu2.. Memang meriah! Jadi kami pun pergi semula ke hotel ni. Takpe lah perut dah berdondang sayang, takde buffet, ala carte pun voleyy la.. Rindu la konon nak makan sini.. Hahaha! 

Sekali masuk.. Eh! Ada lah lunch buffet! Masih sempat lagi kite makan ni.. Dah tu.. Nak tau kami jumpa siapa? Pemain import JDT import.. Luciano Figueroa! Dia senyum je. Macam busy, ingat nak suruh ambil gambar dengan Requilmie kite ni.. Takde rezeki le..  lain kali kalau jumpa nak jugak amik gambar. Hehehe!

Masa tengah nak amik makanan tu.. Terjumpa kawan lama my sis.. Rupa2nya dia assistant manager F&B kat sini.. Dia kata okay makan je. Bil aku settle. Wahh.. Langkah kanan betul birthday kali ni. Alhamdulillah..

Kite velanja awak2 sikit moment kat sini sempena besday kite ye.. ;)


My hubby and my Arjuna, Requilmie! Dalam apa2 moment memang dua ni ada la.. Sayang ketat-ketat!



Siri bercakap dengan ikan coffee house ni.. Heheh! 



Yummy! He's a picky eater. 



Jangan lupa makan eskem bila last nanti.. Hahah!


Apa yg boleh kite cakap.. Memang memuaskan hati makan kat sini. Staff dia pun peramah. Cuma utk information, lunch buffet memang ada sekiranya.. hotel busy. Ada banyak orang, dia akan buka kaunter buffet. Itu sahaja.. So, siapa2 yang nak makan lunch buffet on weekdays, better call dulu. Harga buffet sekitar RM68 per person. Choices of food for me, bersesuaian dengan harga dan tempat. Reasonable. Cuma tak sempat nak amik pic kaunter buffet tu sebab sampai agak lambat. And.. sangat lapar. Requilmie pun dah mula meragam nak berjalan, tak nak duduk lama kat coffee house bila tengok air swimming pool.. Heheh! 

Nantilah kalau ada entri pasal birthday2.. kite akan masukkan lagi.. Biasanya birthday si kecik tu bertema.. Mana tau boleh buat kongsi idea.. Kalau okay lah.. Heheh! Jumpa lagi dalam next entri ye.. XOXO!



Sunday, 13 September 2015

Ke Mana Perginya Lulusan Pendidikan Awal Kanak-kanak?

Beberapa bulan sudah tidak update blog ni. Agak sibuk sebenarnya dengan kerja-kerja di Taska.. Fuhh.. Dicampur lagi dengan kesukaran mencari pekerja untuk membantu di Taska.

Antara syarat wajib pekerja di Taska adalah warganegara Malaysia dan berusia 17 tahun ke atas. Bermakna sekurang-kurangnya berkelulusan SPM. Manakala gaji minimum permulaan selepas confirmation juga perlu mengikut garis minimum yang ditetapkan oleh kerajaan iaitu RM900.00 sebulan.

RM900.00 sahaja?! Ya.. Bagi sesetengah orang mungkin amat kecil. Tidak mampu untuk menyara kehidupan dalam zaman GST ini katanya.. Sedangkan bagi Taska-taska orang Melayu yang menerima yuran purata RM300 seorang kanak-kanak dengan kuota tertentu, bukanlah satu perkara yang mudah. Berbeza dengan bangsa lain yang kadang kala yuran bulanan sehingga RM500 bagi seorang kanak-kanak. Ada kala nya Pengusaha Taska tidak bergaji bulanan seperti pekerja sendiri.

Apa nak buat.. Inilah cara rezeki yang kami peroleh dan ditentukan olehNya. Perkara yang lebih utama.. Kepuasan dan keikhlasan dalam menjalankan perniagaan yang juga berbentuk bekalan akhirat. Menjaga, mengasuh, dan mendidik anak-anak syurga.

Cuma kadang-kadang sedikit terkilan dengan mereka yang berkelulusan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Me.. as a Pengusaha, berusaha memberikan kemudahan selain gaji tetap seperti tempat tinggal dan makan tengah hari secara percuma selain elaun, kursus-kursus yang bersesuaian, kenaikan gaji, saguhati tahunan.. Mungkin tidak besar untuk kelulusan mereka.. Tetapi tidaklah kami bersenang lenang sehingga kaya mewah sedangkan mereka bergaji minimum.

Bila diiklankan jawatan kosong.. selepas salam diberi, perkara pertama yang ditanya.. "Gaji berapa kak?" Kadang kala pertanyaan hanya melalui wassap atau sms. Jika tidak berminat, tiada basa basi menolak tawaran.. 

Tidak seperti zaman dahulu.. Kita datang ke tempat kerja dan menjalani sesi temuduga. Perkara terakhir dalam temuduga barulah berkaitan gaji.. Jika hadir ke temuduga pun.. kadang-kadang tanpa resume atau salinan-salinan sijil yang diatur kemas. Apakah begitu caranya memohon kerja, wahai adik-adik? 

Malah bila diteliti pula kelulusan sesetengah daripada mereka.. hanya lulus 3-4 subjek SPM sahaja. Betul.. kelulusan SPM bukanlah pengukur sama ada anda berkemampuan menjalankan atau tidak.. Tetapi, dengan kelulusan itu memberi gambaran attitude anda ketika zaman remaja anda sendiri.. Keseriusan anda untuk menghadapi peperiksaan yang besar. 

Dengan kelulusan beberapa subjek sahaja.. Tidak mahu ketinggalan dengan kawan-kawan, masuk ke kolej swasta. Menghabiskan 2-3 tahun untuk mendapatkan sijil diploma yang kadang kala cukup-cukup makan shj. Bila tamat dan mencari pekerjaan.. begitu demand sekali. Sehingga terlupa adab dan tatatertib memohon pekerjaan. 

Aduhaii sayang, adik-adik lulusan pendidikan awal kanak-kanak.. yang masih muda.. yang masih belum berpengalaman.. Kehidupan yang hanya bermula dengan kesenangan tidaklah manis akhirnya tanpa kepayahan. Belajarlah menimba pengalaman. Gaji yang banyak tidak tentu mampu menampung kehidupan sekiranya fokus kita adalah wang semata-mata. Ikhlaslah bekerja mencari rezeki. Tanya pada diri, daripada mengeluh gaji yang kecil semata-mata.. Apakah fokus dan matlamat kita jika memilih bidang pendidikan awal kanak-kanak? 

Kerjaya dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah. Tetapi ada manisnya jika ada ikhlas, minat, dan kesungguhan. Untuk apa berasa bangga pada hari graduasi, jika tidak ada hala tuju dan tidak sanggup mencipta kejayaan seterusnya? Dan untuk para ibu ayah.. janganlah disimpan anak yang berkelulusan pendidikan awal kanak-kanak hanya kerana status diploma mereka. Berikanlah mereka.. panduan, sokongan, dan kesedaran tentang kelebihan menceburi bidang pendidikan awal kanak-kanak.. dari sudut dunia dan akhirat.

Kepada mereka yang belum memohon tetapi sedang mempertimbangkan untuk memohon jurusan pendidikan awal kanak-kanak.. Berfikirlah sedalam-dalamnya.. hala tuju anda. Bidang ini tidak menjanjikan pulangan lumayan..tetapi sebahagian tabungan untuk saham akhirat juga. 

P/S : Post ini bukanlah untuk menyalahkan mana-mana pihak.. Tetapi, sekadar berkongsi rasa tentang cara dan adab bagi yang mahu bertanya tentang jawatan kosong di mana-mana Taska. 

Sambutan Hari Raya TASKA Intan Lilia 2015. Jemput `like` page Facebook TASKA Intan Lilia. ;)




Sunday, 16 August 2015

Suprise Birthday Celeb @ Silka Hotel, Jay Bee

Al kisah.. minggu kelmarin.. Selak-selak kalendar.. Tetiba.. Eh! Besday husband kite lah! Haha.. Baru teringat birthday dia 15hb ni..

Nak beli apa? Sambut katne? Birthday tengah bulan pulakk.. Kebetulan tengah tengok Groupon.. Ada offer bilik murah kat Silka Hotel. Eh.. macam dulu nama hotel ni bukan Dorsett ke.. Ohh.. baru perasan tukar nama.. Tapi hotel ni masih under Dorsett Hospitality International (DHI). Jarang lalu sini.. mana nak perasan.. Heheh!

So, dapatlah idea.. Kite ajak encik suami stay kat situ.. Saje-saje lah kengkononnya.. Plan lain yang dia tak tau, esoknya yang lain datang bawak kek! Suprise la konon-konon.. :D

Petang Jumaat tu dalam pukul 5, kami pun check in lah.. Hotel ni kat area Plentong. Dari tepi highway Pasir Gudang boleh nampak lah.. Agak-agak dalam 25-30km je dari rumah ke situ.. Kot. Heheh! Dah check in tu kami jalan-jalan nak tengok apa ada kat hotel tu.. 



Bilik tidur sederhana besar untuk standard room.


Hotel ni takde swimming pool di bangunan yang sama. Tapi berkongsi swimming pool dengan kawasan apartment di sebelahnya. Oh! FYI bangunan hotel ni kalau tak tengok betul-betul tak akan perasan, sebab bangunan ni adalah satu daripada bangunan apartment yang dibeli dan dijadikan hotel. Akses sahaja yang diubah suai sikit dari akses untuk penduduk apartment. 


Happy Birthday, Encik E-By! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. Semoga menjadi suami yang soleh serta berjaya dunia akhirat.. Aamiin..





View kawasan swimming pool waktu malam.


Dalam ini cerita.. Memang husband kite tau my mum, my sis dengan anak-anak dia termasuk si kecik, Requilmie tu nak datang.. Tapi dia cuma ingat yang diaorang nak datang sebab nak mandi kolam je.. Biasalah.. Budak-budak.. Nak gi pantai payah.. Mak nya bising berpasir.. Cari swimming pool je lah jawabnya.. Hahaha!

Jadi pagi masa kami berdua turun breakfast tu, yang lain-lain sampai, cepat-cepat tunggu kat bilik.. Bawak kek, nanti husband kite sampai bilik nyanyilah happy birthday then blow the candle.. Itu rancangan bersama my sis.. Haha!


Our breakfast choices. Choices of food agak variety juga.. Taste boleh tahan. No worries walau pun hotel ni nampak biasa..


Kejayaan pelaksanaan plan? Sukses ke idok? Tak sempat nak masukkan my sis semua dengan kek kat dalam bilik.. Sebab tiba-tiba encik suami naik gi bilik saing kite.. Dia tak tahan nak buang air katanya.. Hahaha! Sabo je lah..



Si kecik pun nak tiup lilin jugak.. :D


Lepas makan kek semua.. Apa lagii.. Semua pun gi lah berenang.. Dan sukacita diingatkan di sini kepada pengunjung hotel ni.. Kalau nak mandi kat swimming pool dia.. Pastikan anda memakai swimming suit ye. WAJIB! Kalau bertudung pun carilah swimming suit yang muslimah. Jika tidak.. Anda akan diminta keluar dari swimming pool oleh pak guard kerana kononnya aduan dari residence di situ.. Hehehe..

Okaylah. Masa rehat pun dah habis.. Kite nak sambung kije ni.. Nak siapkan anak-anak jap lagi.. Nak buat susu dlu.. Bye! Jumpa lagi dalam next entry.. XOXO!