Sunday, 10 January 2016

Terbang 2015 : Yogyakarta Day 2 @ Dieng Plateu

Hari ni.. Kite cuba nak habiskan masa dengan entri-entri trip kite yang ke Jogja tu.. Banyak tempat banyak gambar sebenarnya.. Banyak gambar, banyak lah juga cerita.. Nak tanya apa-apa? Insya Allah.. Kita cuba jawab ye.. :)

Dari Borobudur.. kami menuju ke sebuah lagi kawasan yang dikira kawasan sejuk dan selalu berkabus tebal, iaitu Dieng Plateu. Hasil Google mencari kawasan menarik di Jogja.. kawasan ni merupakan satu tempat yang terkenal dan cantik bangat.. Melalui supir, baru kami tahu, kawasan ini lebih ke Barat lagi dari Borobudur (barat daya lebih tepat rasanya).. Lebih jauh ke atas dari daerah tempat kami menginap. Huhu!

Kawasan ni merupakan kawasan seperti dataran yang dikelilingi beberapa buah gunung. Suhunya pada satu-satau masa dikatakan boleh serendah 5 darjah celcius! Haa.. sojuk tak.. 



Pintu gerbang ke kawasan Dieng Plateu.




Tol ticket.


Di kawasan Dieng Plateu ni sebenarnya.. ada banyak tempat menarik yang semulajadi indahnya hasil letusan gunung berapi atau pun binaan candi yang berkurun lamanya. Misalnya Telaga Warna, Kawah Sikidang, Bukit Sikuner Dieng, Candi Arjuna, Telaga Pengilon, Gunung Prau, Gardu Pandang Tieng, dan Batu Ratapan Angin.

Telaga (tasik) yang dipanggil Telaga Warna tu adalah disebabkan warna airnya yang selalu berubah-ubah. Kadang-kadang warna hijau, kadang warna merah, kadang warna putih atau biru. Sebenarnya kandungan sulfur yang tinggi dalam air tu yang menjadikan warna air tu berubah bila kena cahaya matahari.. Tapi bagi Telaga Pengilon yang terletak di sebelah Telaga Warna tu.. tak pulak berubah-ubah warnanya.. Airnya lebih jernih berbanding Telaga Warna.

Bukit Sikuner Dieng dan Gardu Pandang Tieng merupakan tempat hotspot bagi pelancong tengok sunrise. Manakala Gunung Prau pula popular untuk pendakian pendek disebabkan laluan pandakiannya nanti.. pendaki boleh menikmati pemandangan sebuah bukit yang macam dalam cerita kartun Teletubbies tu.. Tau tak kartun tu? Yang ada macam antena kat kepala dia tu.. Baju romper kaler hijau, merah, purple tu.. :D

Kawah Sikidang ni sebenarnya satu kawasan kawah yang masih aktif lagi. Kawasan sekeliling kawah ni lebih kering dari mana-mana bahagian dieng. Ada satu kolam besar yang sentiasa berasap putih.. Nak berjalan ke situ, perlu berhati-hati ye.. sebab ada aliran air panas. 


Terima kasih encik supir tolong kami ambil gambar.. walau pun G utk Sikidang tak nampak.. Hehehe!



Untuk amaran jika tahap keracunan gas tinggi.



Mungkin disebabkan kepanasan kawasan kawah ni, jadi tanahnya agak kering.




Nak jugak dekat.. Tapi kena pakai topeng.. Sebab baunya agak kuat.


Penduduk kat sini.. banyak yang jadikan berniaga sebagai sumber pendapatan utama. Lagi pun kat Sikidang ni je yang kering kontang.. Kawasan lain masih subur. Tanaman utama rasanya kentang kot.. Sebab macam-macam jenis kentang ada jual kat sini.. Yang lada bentuk-bentuk lain pun ada.. Aktif juga mereka berjual kat area kawah ni..




Hiburan.



Sedap! Sebab lapar pun ye.. Heheh!


Dari Sikidang, kami ke kawasan seterusnya.. Kompleks Candi Arjuna. Kawasan kompleks ini katanya kawasan candi Hindu tertua di Pulau Jawa. Kompleks ni pernah terendam dek air masa ditemui oleh seorang lelaki Jerman. Bila dah sampai.. No wonder pernah terendam.. sebab kawasannya agak rendah berbanding kawasan sekeliling.. Nak ke kompleks ni ada tiket berbayar juga ye.. :)



Laluan yang panjang sebelum sampai ke Kompleks Candi Arjuna.



Bunga loceng kite panggil.. Bentuknya macam loceng.. Heheh!



Kawasan kompleks ni dikelilingi dengan tanah yang agak berair. Macam kawasan sawah.. Tapi memang subur menghijau.. Cantik.



Kabus seolah-olah mula turun dari atas gunung.


Kalau dilihat dalam banyak gambar di Google.. kawasan candi ni berumput hijau yang agak tebal. Tapi masa kami ke sini, kawasan kompleks ni tengah dibaik pulih. Kami kurang pasti sebabnya. Tapi dari tengah-tengah kawasan candi ni.. pemandangan sekeliling yang menghijau memang jelas sekali.. Macam di tengah kawasan yang kelilingnya semua gunung-gunung.. Sebab tu mungkin banyak orang ke sini.. 



Sebelum masuk ke kawasan Kompleks Candi Arjuna, ada candi lain juga di sebelah kanan iaitu Candi Gatotkaca. Di sebelah kiri, ada gerai-gerai menjual makanan dan cenderahati juga.





Memandangkan perjalanan kami hari ni seawal pukul 3.30 pagi.. Maka kami cuma memilih dua tempat je.. Kawah Sikidang dan kawasan kompleks Candi Arjuna.. 

Lagi pun kami cuba mengelak waktu kabus tebal yang biasanya bermula awal petang di sini. Kabus tebal agak menyukarkan permanduan supir kami nanti. Sepanjang perjalanan tu pun kami dah beberapa kali berselisih dengan lori-lori balak atau lori sederhana yang bawa muatan berlebihan. Bahaya juga dengan struktur jalannya yang selalu basah dan berliku-liku. Masa nak balik tu pun dah mula renyai.. Lagi cepatlah kawasan ni berkabus..


Singgah makan dalam perjalanan balik.


Macam kat Bandung pun ada je.. Eh?





Jangan pelik air yang ada serai tu sebab rasanya tak pelik. Serius sedap!



Bebek goreng lagi.. Tapi sedap! Tengah taip ni pun jadi lapar.. Hahaha!




Kawasan parking luas. Toilet bersih. Kemudahan ruang solat juga ada.


Dalam perjalanan balik, sebelum hari semakin gelap.. kami singgah makan di sebuah restoren. Memandangkan kami perlu menjaga kesihatan perut di tempat orang, jadi kami tidak memilih untuk makan di tepi jalan sebarangan.. 

Alhamdulillah.. puas hati. Cuma tak pasti restoren ni di daerah mana. Dalam mobilnya gue tidur aja.. Haha! 


Alhamdulillah.. Sampai awal malam..


Sampai ke homestay, memang dah malam.. Jadi kami terus rehat dan tidur utk perjalanan esok yang banyak lagi lokasinya.. Insya Allah kite story mory dalam next entry ye.. Jangan tak baca!  

XOXO!



No comments:

Post a Comment