Thursday, 26 March 2015

Jakarta - Bandung : Saidah Guest House

Kali ni.. Nak cerita skit psl tempat penginapan kami di Bandung. Penginapan kami diuruskan oleh trip manager juga...heheh. Saidah Guest House


Kami tiba lebih kurang pukul 8.15 waktu Bandung. Tapi memang dah gelap betul lah.. Sbb kalau ikut masa kita dalam pukul 9.15. Dah malam lah kan.. Sejuk juga pasal masa tu musim hujan di Bandung.


Saidah Guest House ni macam sebuah rumah dua tingkat yang sangattt besar dan mempunyai banyak bilik. Masa supir nak cari tu agak susah juga sbb kedudukannya di tengah2 kawasan taman perumahan yg berhampiran dgn Universitas Bandung. Walau pun harganya agak ekonomi, tapi setiap bilik ada kelengkapan yg baik spt almari dan meja solek serta bilik air dalam kamar. Bilik kita dgn bilik mak mertua menginap okay je.. Experience orang lain mungkin tak sama. :)


Dah masuk dalam bilik tu..masa nak charge handphone barulah perasan.. soket dua mata. Pertama kali ke Indonesia kan.. So, barulah tau semua soket di sini soket dua mata kepala bulat. Kebetulan encik suami memang  ada bawak satu.. tapi yg kepala segi empat. Tak berapa jejak sangat lah..tapi voleyy ah.. :-p


Penginapan kami disertakan dengan sarapan pagi. Pilihan makanan tidaklah banyak memandangkan penginapan ini boleh dikira penginapan budget. Kaunter makanan juga tidak besar. Ada pilihan kuih muih, roti bakar, dan makanan yg agak berat yg sudah sedia dibungkus.



Ruang legar bahagian atas.



Kawasan luar guest house ni..



Kawasan ruang makan ada beberapa buah meja. Line internet pun lebih okay kat sini..heheh!



Nasi Kuning.


Overall bagi kite.. Saidah Guest House ni sederhana dan bersesuaian dgn harganya (tak ingat plak..sila search sdn. bhd..). Lagi pun kalau dah namanya berjalan ke Bandung tu memang tak lah nak mem'buta'kan mata kat atas katil je kan.. Rugilah. Setakat mandi dan tidur selesa beberapa jam plus bersih.. Boleh cuba menginap kat sini. ;)

No comments:

Post a Comment