Tuesday, 17 May 2016

Sambutan Hari Guru TIC & TIL 2016

Alhamdulillah..

Selepas dua tahun beroperasi, Taska Intan Lilia dan tahun ini pula, Tadika Intan Cerdik kini mempunyai tujuh orang tenaga yang memberi perkhidmatan untuk anak-anak di sini. 

Tahun ini.. Tahun pertama kami adakan sambutan Hari Guru.. Yeyyy!

Secara kebetulan dan agak last minute juga.. Haha!

Memandangkan me and all ticer2 dah sehari suntuk ke Sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Tadika Johor hari Sabtu lepas.. Hari Ahad pula hari cuti peristiwa berikutan kemenangan JDT dalam liga Piala FA.. Kite sempat adakan pot luck untuk sambutan Hari Guru yang kami adakan pada hari semalam..

Anak-anak yang datang semalam sempat kite wassap ibu bapa tak perlu pakai uniform.. Ibu bapa pula digalakkan menyumbang sedikit makanan atau minuman untuk sesi pot luck yang kami adakan dengan games sikit.

Jom tengok! ;-)


Cenderahati dari pihak pengurusan untuk cikgu-cikgu dan dari ibu bapa juga. Ada juga hadiah-hadiah comel dan kad dari ibu bapa untuk cikgu-cikgu.. Ini yang sempat snap pagi-pagi.. ;-)




Sebahagian sumbangan makanan dari ibu bapa.. Ada lagi.. Tapi sebab nanti tak sempat nak snap pic.. So, amik je dulu.. Kek yang sedap-sedap  dan dari Secret Recipes pun ada hari ni.. Alhamdulillah.. Rezeki bersama.. 



Kita amik gambar kenang-kenangan dulu.. Piss.. ;-D






Persembahan nyanyian dan tarian Bollywood dari ticer2.. Teruja anak-anak tengok! Hahaha!




Games untuk anak 1-2 tahun.. Ambil bola dan lari bagi pada cikgu. Bersorak sakan semua.. 




Musical chair. Kemudian sesi pertandingan mewarna poster sambutan Hari Guru..





Kek memang banyak hari ni.. dan semua berlainan perisa.. Paling best sebab sedap.. Hahah!



Sebahagian dari kami.. Nak join kami? Meh lah daftar cepat-cepat! ;-)


Terima kasih sangat-sangat untuk ibu bapa yang menyumbangkan makanan untuk meraikan kami.. Mungkin cikgu-cikgu ni cuma cikgu Taska dan cikgu Tadika.. Tapi alhamdulillah masih ada yang menghargai mereka sebagai pendidik paling awal dalam kehidupan permata mereka. 

From me.. Pengusaha Taska Intan Lilia dan Tadika Intan Cerdik, mengucapkan terima kasih juga kepada semua pendidik awal kanak-kanak di sini.. Sama ada yang masih bersama kami atau pun pernah bersama kami. 

Bukan mudah hakikatnya mengimbangi antara keperluan anak-anak, permintaan ibu bapa, kehendak cikgu-cikgu, dengan misi memberikan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal yang berfokus pada keluarga berpendapatan sederhana di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru ni..

InsyaAllah.. selagi termampu, kami berusaha. And.. hopefully, we all can grow up together as a family and as early childhood educator with 
Tadika Intan Cerdik & Taska Intan Lilia.. 

InsyaAllah.. Aamiin.. XOXO!

Love, from me. ;-)


p/s: Ikut dan like page kami di Facebook : Taska Intan Lilia
#TaskaIntanLilia #nursery #TadikaIntanCerdik #kindergarten #JohorBahru





Sunday, 15 May 2016

Sambutan Hari Guru ala Bollywood.. Yehaa!

Bulan Mei bulan sambutan hari guru dan hari ibu!

Ohh.. bulan yang sibuk bulan ini.. dari minggu akhir April lagi.. All my teachers taska dan tadika (macam banyak je.. haha!) sibuk berlatih untuk persembahan sambutan hari guru.. Tapi, me tak lah joget-joget.. Ticers jerr..

Yehaa!

Sebenarnya, tahun ni tahun pertama kami join sambutan hari guru. Kali ni sambutan dianjurkan oleh Persatuan Tadika Johor, di Hotel New York, Jalan Abdullah Tahir.

Teruja? Oh berdebarrr lagi banyak rasanya.. Memandangkan persatuan menggalakkan tadika-tadika membuat persembahan.. Makanya bersungguh-sungguhlah memperkenalkan diri dengan menunjukkan bakat menari Bollywood.. Strategi pemasaran juga namanya tu.. Acewah! 

Meh jengah sikit cerita sambutan semalam..


Outfit of the day. ;-)



Siap berinai lagi.. Pertama kali pakai Henna. Dulu kawin tak sempat lagi pakai gini. Belum populor ketika itu.. Yeke? Haha!



Lipstick belum pakai lagi ye.. Selfie je dulu. Hehehe!



Agak-agaklah.. If I have all this stuff.. Ko ghase? Habisslahh expired tak pakai! I is pemalas nak make up. Hahaha!!



Our make up artist of the day.. Sha! Nak cari Sha boleh cari kat MAC, Komtar JBCC. 




Persembahan yang paling diakui bertenaga dan berani! Haha.. Ibu yang ada tiga cahaya mata.. Haa.. Kagum tak? ;-)




Harus diakui.. Tema Bollywood ni agak 'mahal' sebenarnya.. Tapi enjoy rasanya bila kita dapat ikut sambutan begini. Kenal-kenal dengan orang.. sambil tu meraikan cikgu kat tadika taska kita juga..

Yang penting, bukan duit kadang-kadang.. Ia adalah memori yang tak akan hilang walau pun masa berlalu.. Kecualilah tiba-tiba nyanyuk atau kurang siuman.. Heheh!