Tuesday, 29 March 2016

Universal Studios Theme Park, Singapore

Entry ini kali.. #throwback je! USS Trip 2014.. Hahahh..

Kenapa? 

Sebab tengah 'menonggeng' akibat kekecewaan bila menyedari cuti sekolah yang seminggu ni.. Passport dah kojol-ing! Arghh! 

Panjangnya que kat UTC tu.. Tak sanggup nak beratur.. Baru ingat nak gi Singapore.. Hukhuk! Menangis kat tepi bucu katil je la.. Hahah!

Haa.. Bercakap pasal Singapore.. Mesti nak cakap pasal theme park dia yang best tu kan! Universal Studios Singapore.. atau dikenali juga sebagai USS!

Kalau orang tanya.. antara Legoland atau Universal Studios.. Mana best? Mana sesuai nak bawa anak time cuti sekolah.. Me.. Mak kata tipu tak baik.. Hahah! Tetiba suci dalam debu pulak..

Jujurlah.. Untuk kanak-kanak yang kurang lasak, sesuai ke Legoland.. Untuk yang minat ekstrem sikit dan ala-ala international terlebih.. Bolehlah ke sini.. Especially peminat Fiona dan Shrek the Ogre.. atau Madagascar.. atauuu.. Transformer!

Okey.. Let me stroy-mory-morning-glory! Haha! Boleh tengok gambar ye.. Ada banyak sebenarnya.. Tak daya nak upload. Heheh!



Sebelum masuk jangan lupa posing depan glob beso ni.. 


Location USS ni dalam kawasan Sentosa Island. Selain theme park ni, ada juga tempat-tempat menarik yang lain di Sentosa Island ni.. Nanti kite cerita dalam next entry lah ye.. Mana tau boleh jadi panduan bersama.. 

This time, kami pergi berenam dengan kereta je.. Sebab cadangannya nak jalan-jalan lagi lepas balik dari USS ni. Lagi pun selepas dipertimbangkan dengan Rayfan yang masih memerlukan stroller, maka kami pilih untuk pergi sendiri dengan kereta.

Oh lupa.. Ini kali kedua datang ke sini. Kali pertama dengan adik-adik ipar kite.. Beli tiket dengan travel agent, sekali dengan tiket bas..


Kungfu Panda! Arghh! Nak que panjang.. Amik gambar dari jauh je ye..



Dah sampai Hollywood.. Konon..



Yang berselirat kat belakang sana itulah roller coaster di bahagian Sci-Fi City.. Battlestar Galactica - Human or Cyclon. Ada dua kat situ..


Dari laluan utama tu, kami ke sebelah kiri theme park dulu.. Di laluan utama lepas pintu masuk ada banyak souvenir shop. Balik nanti boleh singgah ye..

Theme park ni macam bulatan juga lah.. Jadi kami pilih arah jam untuk bawa anak-anak explore all the games..

Theme untuk game yang pertama adalah Madagascar. Kami singgah naik boat, Madagascar : A Crate Adventure dan naik carouselKing Julien's Beach Party-Go-Round.. Sesuai untuk Rayfan lah.. Masa tu dia baru 3 tahun..



Baru masuk boat tapi muka dah peluh-peluh.. Beratur panjang tu.. Boat ni konon-konon macam mengembara dalam sungai kat Madagascar la..




Rayfan suka je.. Abang Rayyan? Dia kata.. "Dah? Ni je?"  Hahaha!





Habis jalan kat kawasan Madagascar ni.. Masuklah kami ke Far Far Away!

Kat sini kami naik roller coaster, Enchanted Airways dan tonton 4D movie, Shrek 4-D Adventure. Lepas tonton 4D movie tu ada ferris wheel yang comel kat bahagian luar theater. Anak-anak mesti suka..

 Cuma yang kami tak tonton, Donkey LIVE. Kurang menarik sikit la.. huhu. Sekarang ni katanya ada penambahan lagi satu roller coaster kat bahagian ni.. Puss in Boots' Giant Journey

 Roller coaster ni walau pun tak sebesar yang lagi dua tu.. Adalah diingatkan! Anak-anak kecik kalau tak lepas umur atau ketinggian atau kecil lagi dan tak sedia.. jangan bawa naik ye.. 

Sebab percubaan kami bawa Rayfan akhirnya menyebabkan dia trauma dengan extreme games atau apa-apa character yang mengingatkan dia dengan theme park ni.. Walau pun tak ada kejadian buruk berlaku. 

Misalnya ternampak poster Transformers kat Cathay Cinema City Square. Dia melompat dari stroller dan lari menangis tak tentu arah.. Kasihan ada.. Ketawa pun ada.. Pelik rasanya. Tapi dari situ kami tahu.. Rayfan jiwanya lembut berbanding Rayyan yang lasak!



Rayfan jadi takut dengan banyak benda lepas turun dari roller coaster.



Sementara berbaris menunggu 4D movie. Dalam nanti tak boleh ambil gambar.. 





Luar theater tu ada ferris wheel ini.



FYI.. Toilet dalam kawasan ni biasanya tidak berpaip untuk mencuci selepas buang air (dalam toilet perempuan).. Tapi toilet yang berhampiran dengan kereta kuda Fiona ni, ada satu toilet (dalam toilet perempuan) yang paling hujung yang ada paip air. 

Please take note!

Selepas tu kami masuk ke bahagian Lost World. Tapi disebabkan terlalu lama nak beratur.. Kami pilih untuk naik Dino-Soarin je kat sini.. Itu pun lama juga nak beratur.. Canopy Flyer dan Jurassic Park Rapids Adventure terpaksa kami lepaskan.. hukhukhuk! WaterWorld? Belum dibuka masa tu.. Sekarang dah kot..

Cuti sekolah.. memang pack!


Yang macam ada laluan monorail kat atas tu namanya Canopy Flyer. Kita naik kerusi tergantung yang dapat tengok kawasan Jurassic Park. Tapi tak dapat naik lagi sebab terlalu banyak orang.. Tak sanggup nak menunggu.. Haha!




Naik ini jelah ye. Rayfan pun dah terlelap dalam stroller. Yang ini beratur pun abang Rayyan dah bosan menunggu..


Dari Lost World, kami ke bahagian Ancient Egypt. Haa.. Kat sini, boleh cuba roller coaster dalam bangunan.. Revenge of the Mummy!

Diingatkan.!

Jangan terlalu kenyang atau terlalu lapar. Dan.. Bukan kepada mereka yang fobia pada gelap atau rasa sempit!

Me? Memang dah naik sebelum ni.. masa first time ke sini. Second time? Taubat nasuha. 

Cuma Rayyan dengan my husband je yang naik.. Keluar je dari exit roller coaster.. Rayyan said, "Uishh! Macam nak tercabut jantung abang!" Tapi kata husband, dah tak gelap sangat berbanding dulu. Mungkin ada perubahan agaknya..



Another adventure, Treasure Hunters..



Berdekatan dengan area Ancient Egypt ni, ada satu tempat makan yang halal. Oasis Spice Cafe. Kalau masih belum makan makanan berat dan mahu nasi.. Boleh ke sini. 

Harga? Tak berapa ingat.. Tapi untuk international theme park, sila sediakan duit for double price ye. Heheh!




Menu, nasi Arab. Botol air Shrek tu souvenir ye.



Selepas bahagian Ancient Egypt, adalah bahagian Sci-Fi City. Bagi mereka yang sangat suka dengan roller coaster yang sangat sangat laju.. atau terpusing-pusing dalam keadaan tergantung.. boleh naik Battlestar Galactica. But this time, the section was closed.. 

Disebabkan ada anak-anak lagi pun.. kami pilih naik yang macam cawan terpusing-pusing laju tu.. Accelerator




Accelerator. Panjang juga que.


Haa.. Dalam bahagian sini jugalah kita boleh jumpa.. Transformers! Yeeyyy!

Lucu campur kasihan nya kat sini, disebabkan ketakutan masa naik roller coaster Enchanted Airways tadi belum hilang.. Rayfan tiba-tiba terkejut tengok Optimus Prime dengan Bumble Bee yang ada kat situ. Dia terus melompat dari stroller dan lari kat celah-celah orang. Nasib baik maknya sempat kejar.. Alahaii.. Kesian dia..


With Optimus Prime.



Selesai ambil gambar dengan Optimus Prime, kami pun masuklah ke Transformers the Ride :The Ultimate 3D Battle. Kat dalam ni kita boleh naik macam kereta kuning dan tengok filem 3D yang konon-konon lawan antara geng Autobots dengan geng Decepticons!

Please don't miss this! ;-)



Que macam biasa.. Panjang tak hingat punya..




Konon-konon macam artifak bukti kewujudan transformers..


Keluar dari 3D battle movie tu.. Street parade atau Universal Hollywood Dreams Parade, satu pertunjukan di sepanjang jalan yang mana ada banyak orang pakai cartoon character such as Madagascar, Shrek, Fiona, Betty Boop and others dah lalu dahh.. hukhuk! 

Itulah.. Beratur panjang sangat dalam 3D tadi.. Dah terlewat.. :-(



Kami terus jalan ke bahagian New York. Kat sini kite pun masuk pertama kali kat satu tempat yang masa dulu datang, tak masuk.. Lights, Camera, Action! Hosted by Steven Spielberg

Kat sini kita diberi peluang lah untuk tengok aksi dalam movie secara live. Macam tengah tengok ada satu babak dalam filem aksi. Ada bot yang terlanggar bangunan, terbakar bagai.. 

Iyelahh.. Nak tengok yang real yang sedang diarah Steven Spielberg kat Hollywood tu memang tak dapat lah kan.. :-)





Selesai sudah berjalan di semua bahagian dalam USS lagi sekali..

Kami lalu semula di bahagian Hollywood. Oh ye lupa.. Kat atas tadi ada satu picture kakak Mia yang berlatar belakangkan roller coaster Battlestar Galactica tu kan.. 

Kat situ ada tasik, Lake Spectacular Hollywood. Kalau hari Sabtu atau hari-hari tertentu, ada pertunjukan bunga api. Nak tau tu kenalah tengok jadual pertunjukan bunga api tu dalam web. 

Selain tu boleh juga ambil gambar kat Walk of Fame untuk kenang-kenangan.. hihi!

Bahagian Hollywood ni memang banyak souvenir shop. Pastikan bawa duit yang mencukupi dan taklah rasa terkilan nanti nak beli ole-ole.. Currency antara Malaysia dan Singapore ni memang dah agak banyak bezanya. Kita mungkin belum tentu pergi banyak kali kan.. :-)


Keletihan selepas meronda satu USS sepanjang hari. Macam tak sedar hari dah gelap.. Kami minum di luar USS tu sekejap sebelum bertolak balik ke JB.

Nampaknya cadangan nak explore tempat lain di Sentosa Island kali ni perlu ditangguhkan kerana kepenatan. Anak-anak pun sure tidur bila naik kereta nanti. 

Lagi satu.. memikirkan, Rayqal yang kat rumah.. dan.. traffic jammed di Tambak Johor yang bakal kami tempuh. Hahaha!

Okeylah.. Nak tau cerita jalan-jalan kat Sentosa Island lagi.. Tunggu ye.. 

Jumpa lagi.. XOXO!




Friday, 25 March 2016

Holiday Villa, newest hotel kat Johor Bahru!

Last week.. cuti sekolah seminggu bulan Mac. Kebetulan cuaca memang panas.. Berbual dengan encik suami, dapat mandi kolam best ni.. Hah! Kebetulan ada hotel baru bukak, dia kate. Huh? Hotel apa?

Ohh.. lupa.. Holiday Villa.. Kat Jalan Dato' Sulaiman, Taman Abad.. Sebelah je dengan KSL Hotel & Resort yang ada kolam dengan dinosaur beso tu.. KSL tu dah mandi manda dua kali. Satu kali stay.. Satu kali lagi outing dengan anak-anak Taska Intan Lilia last year..

Cakap je dengan budak-budak and my sis.. Wahh! Semua teruja! Kerja rumah terus laju je siap! Walhal dekat je tu.. Bumbung umah pun nampak.. Hahaha!

So, sebelum habis cuti tu hari Jumaat lepas.. kami pun gi la ke hotelnya.. Sebahagian besar bilik belum habis renovate lagi katanya. Sebab nak kejarkan opening masa cuti sekolah.. Tu yang kami pun cuma dapat check in malam. Bilik sikit.. Dapat pun last minute orang booking, tak jadi check in. Kami pun last minute kan rancang.. Suke gitew.. Ngehehe!

Apa lagi.. yuk review hotel baru ni!


Mak pun nak tengok juga hotelnya..



Lega dapat kad bilik dah.



Okay.. sama macam lif kat Esplanade KSL yang sebelah tu.. Nak naik ke bilik, touch kad, baru boleh tekan tingkat berapa..



Dapat tingkat 18. Tapi lum tinggi lagi.. Pool dia lagi tinggi. Huhu!




Ada orang berangan sambil leset-leset laa.. Haha!



Bilik air boleh nampak dalam bilik lah! Haha.. Tapi ada switch untuk turunkan bidai la sebenarnya kalau nak mandi.. No worries..


Dah lepas tak sampai 10 minit pun.. Semua sibuk nak naik tengok swimming pool. Sebenarnya nak cuba nasib gak tu.. Kot-kot boleh mandi memalam ni.. Layankan lah juga..


Pool untuk dewasa.



Pool untuk anak-anak.. Yang ini Qarl memang lepas nak masuk.



Sekali tengok signboard, dan tanya staff yang jaga kat situ.. Confirm lah boleh mandi sampai pukul 10! Masa tu baru pukul 9.05 malam.. Apa lagii.. budak-budak ya be da bedu lahh.. Semua terjun! Yang atuk dah risau.. "dah, dah.. dah malam ni.. nanti selsema".. Hmm.. dah tak layan dah.. :D



Freezing! Achoo! Achoo! 2-3 kali.. 


Malam tu cuma kite, encik suami, dengan si kecik je yang stay bilik.. Yang lain semua balik.. Umah my sis dekat betul.. Dari bilik abang Ryan boleh nampak hotel ni jelas.. Esok je datang sambung mandi, kata atuk.. Hehe!



Morning view..



Ini budak pengsan! Malam susu sampai dua kali..



Dah bangun tu.. kami bertiga gi sarap dulu sementara nak tunggu my sis dengan yang lain datang mandi lagi.. Return.. Malam tadi tak puas.. Iyelah.. budak.. Kalau bagi berkubang dalam kolam pam kat porch taska tu pun dah sukee tak hengattt..


Coffee house..




Smoking area.


Bercakap pasal makan paginya.. Alhamdulillah.. tak ada yang rasa tak sedap.. Food okay.. Pilihan makanan juga okay.. Kalau tak kenyang tak tau laa.. Ada makan berat macam nasi lemak, mee hoon goreng, siap ayam telur masak apa bagai.. Bubur.. Cereal..  Buah-buahan, salad.. dan sewaktu dengannya lah.. Makan je! Jangan lupa baca doa sudah.. Hehe!

Ngam-nagm habis makan.. Yang lain dah sampai.. Sup sap sup sap tukar baju.. terus naik gi swimming pool!


View from another side. Menghadap town area.. Sebelah kiri nilah KSL Hotel & Resort. Yang ada dinosaur water park tu..



Kat sebelah swimming pool bahagian dewasa ni ada toilet.. Dah siap mandi tu sejuk.. Cari toilet jap.. Toilet asing la lelaki perempuan.. 

Aikk! Sekali masuk.. Eh! Ada sauna dengan jakuzi lah! Baru tau.. sebab tak perasan plak ada signboard cakap ada sauna ke jakuzi.. Kite tolong amikkan gambar je lah yee.. Ngee..



View dari bilik sauna. Jadi tak bosan lah ye.. Boleh berangan sat..



View dari kolam jakuzi.



Selamat berjakuzi. 



Bonding time. <3



Boy ke girl? Hahaha! Rambut panjang sangat cucuk mata..



Ada gym kat hujung swimming pool kanak-kanak. Peralatan? Bau baru! Hurmmm..


Siap mandi.. Rehat jap.. Check out la kami.. Satu malam je cukup untuk habiskan hujung minggu akhir cuti sekolah ni.. Baliklah ke rumah yang jaraknya sekangkang kera je dari hotel.. Haha! Ngengade kan.. Sesekali.. apa salahnya.. ;P




Kawasan lobi hotel. Masih ada yang belum siap di bahagian tertentu.


Overall.. Tak ada apa masalah sangat lah walau pun masih baru dan masih belum bukak semua bahagian atau bilik.. Bilik pun memang bau baru.. 

Cuma dari segi hiasan.. rasa belum nampak sangat ciri-ciri hotel mahal sangat la.. Mungkin belum banyak hiasan tambahan berunsur kayu yang mewah atau karpet-karpet tebal yang biasanya ada kat hotel-hotel besar.. Hotel ni hotel 4 bintang katanya (kite tak check.. husband cakap).. Tapi bonus view dari coffee house dia yang kat tingkat 9 dengan swimming pool dia yang kat tingkat 25.. memang nice laa..

Orait lah.. Hari pun dah lewat.. Kite pun dah ngantuk.. Jumpa lagi dalam review atau entri lain ye.. Selamat malam dan selamat beradu semua! Mimpi yang indah-indah.. XOXO!