Wednesday, 24 February 2016

Perut Review : JBorn Cafe & Bistro

Hari Ahad.. Biasanya taska kite, sebahagian je anak-anak yang dihantar.. Sebab taska kite ada juga yang hantar Isnin - Jumaat.. Mak pulak masak lebih.. Tu yang makan dulu sebelum balik. 

Balik pun cepat sikit laa.. Singgah area kedai baru kat Anggerik sebelah @Mart Kempas (atau Midas Mart) tu. Nak makan tak lapar sangat.. Tapi macam rasa nak minum-minum.. 

Lalu kat satu kedai tu, macam tak banyak orang.. Ada satu meja je. Baru nak pukul 6.50. Maybe sebab baru reda hujan, orang tak keluar.. Lagi pun baru teringat, JDT ada away game.  Hohoho..

Kawasan kedai-kedai baru kat sebelah @Mart Kempas ni namanya Kempas Town Centre. Location kedai makan yang kami singgah ni namanya JBorn Cafe & Bistro kat Jalan Cengkerik 4. 

Teringat cite P. Ramlee.. Jebon! :D




Kite dengan husband duduk kat meja kat luar kedai je.. Yang kite tengok, konsep kedai ni macam cafe zaman sekarang yang budak-budak muda selalu lepak la.. Moden. Tapi bagi kite, nampak sama sikit takpe.. yang penting, sedap dan bersih. :-)

Kebetulan cuaca sejuk lepas hujan.. Kite tumpang bilik air.. Bilik airnya bersih. Siap ada ruang solat. Bagus, bagus..


Kedai ni katanya dibuka dari petang sampai 11 malam. Kite tak lah order makanan berat sebab memang cadang nak minum-minum je.. Baru lepas makan tadi kat taska.. 

Kite order air teh yang lapis-lapis tuh.. Haha! Eh sedap la.. Tak lokek rasa. Kadang-kadang sesetengah tempat, nampak cantik. Tapi, baru order air.. Failed! Kite order dengan beef bruchetta. Pun tak kedekut topping atasnya.


Beef Bruchetta


Hopefully, kedai ni maintain la serve drinks and foods yang begini ye.. 

Untuk kite.. yang walau pun datang minum-minum pun rasa okay. Insya Allah ada masa, kite nak return balik kat kedai ni, makan yang heavy sikit.. Tengah menaip ni pun dah mula rasa lapar plak.. Hehehe!



Sunday, 14 February 2016

Perut Review : Alicafe Specialty Coffee, Jalan Dhoby

Perut review lagiii..!!

This time kami singgah satu cafe kat Jalan Dhoby, Alicafe Specialty Coffee. Baru balik dari wedding invitation actually.. kat Bandar Dato Onn.. 

A few years ago, me memang pernah minum di Ali Cafe juga. But the place was at Bukit Indah. Sape yg pernah pergi kat situ? Angkat tangan! Haha! Dah tutup dah.. dan dah jadi satu foreign bank kat situ. 

Tapi tak surelah either the owner same or not.. 



Laluan masuk cafe ni, jika diperhatikan ada biji-biji kopi yang diletakkan di dalam kaca pada lantai laluan.. Biji-biji kopi tu dari yang belum dikisar sampailah yang dah dikisar..  


Us!





This double story cafe is located in fornt of IT Roo Cafe, yang katanya famous with the best chicken chop in JB.. Me? Dah pernah try? Mestilah belum.. Heheh.. 

Others than that, kalau nak cari cafe ni.. location dia kat sebelah bakery shop yang legend kat JB ni.. Salahuddin Bakery

Kalau ada masa, kita review okay.. Ehh.. Serious..Memang sedap la roti dengan kek dia.. Mesti cuba tau!


Bahagian ruang atas cafe ni is more privacy dan ada smoking area. Kalau nak buat business discussion pun boleh je kat area atas ni.


View dari smoking area.. Masjid India Johor Bahru..




Our drink and food choices.. 


Menu makanan kat sini tak berapa banyak.. Yang simple dan tak ada aktiviti masak memasak bergoreng-goreng ye.. 

Walau macam mana pun.. soal kesedapan? Kite boleh lah bagi 4 bintang dari 5.. Ice macchiato caramel.. 5 bintang!

So, bagi yang nak datang lepaking kat cafe ni.. Bolehlah datang mana-mana hari sebab cafe ni dibuka setiap hari dari pukul 3 petang (kalau tak silap) sampai tengah malam.

Manalah tau.. Kalau-kalau balik jalan-jalan dari Bazar Karat.. Bolehlah singgah minum kat sini.. ;-)

Okay baii.. XOXO! Jumpa lagi dalam next story!
Mmmuahh ciket!