Wednesday, 30 December 2015

Short Vacay : Cuti Krismas 2015

Cuti berganda datang lagi..! Ke mana kita nih? Ke ibu kota Malaysia.. Kuala Lumpur lahh.. Bwahaha! Tetapi disebabkan kekangan masa, hanya sesekali ke KL selepas graduate tahun 2004.

Memandangkan hujung tahun 2015 ni ada cuti berganda kerana cuti Maulidur Rasul dan Krismas jatuh pada hari Khamis dan Jumaat.. Manakala cuti hari Jumaat diforward ke hari Ahad.. Kami pun gunalah kesempatan untuk ke KL semalaman. Selain bawak budak2 ni berjalan, ambil kesempatan beli sikit barang mainan untuk Taska kami. Menyelam sambil minum air kata orang.. ;D


Muka budak mengantuk tapi tak nak tidur sebab excited jalan jauh.. :)


Cuti kali ni, hanya husband, my sister dan anak2 dia je yg ikut.. Mak balik kampung.. Abah pulak sibuk dengan orang yg nak charted cab.. Huhu..

Sampai KL masa tu lebih kurang pukul 3 lebih. Kami terus ke Sunway Putra Hotel (formerly known as Legend Hotel) di Jalan Putra. Hotel ni hotel lama yang diambil alih oleh pengurusan Sunway. Berhadapan dengan bangunan PWTC dan sangat dekat dengan kawasan Chow Kit..

Masa kami sampai tu memang agak lama que untuk check in. Memang banyak orang masa tu sebab cuti panjang kan.. Dutambah dengan cuti sekolah. Urusan di kaunter tak susah disebabkan sedara kami dah bookingkan lebih awal. Kalau tak.. Possibility tak dapat bilik tu ada.. Huahaha!
.

Kakak amik kesempatan posing while waiting for mama.



Ini budak tak boleh duk diam. Dia sangat teruja dengan hiasan ala-ala pintu rumah witch dalam cerita Hansel and Gretel tu.. Hahaha!



Semua amik gambar macam patah leher menunggu mamanya que.. Hehe!




Mia snap gambar Ucu posing. :)


Selesai je urusan check in.. Kami terus ke bilik. Bilik kami merupakan dua bilik yang berhubung antara satu dengan yang lain. Satu bilik katil kelamin dan satu lagi bilik dengan dua katil single. Tapi setiap bilik ada bilik air. Condition bilik-biliknya amat selesa, bersih, dan moden. Cukup untuk kami bermalam satu malam.. 



Nampak macam dia gi holiday sensorang.. Haha!



View dari bilik.



Malas nak keluar? Order makanan ke bilik je.. Harga pun siap tulis.. Boleh budget.. ;)


Hotel ni merupakan hotel 5 bintang. Jadi banyak peralatan dan kemudahan yang kita perlukan ada disediakan di setiap bilik.



Lepas berehat sekejap, kami bersiap sedia keluar. Mula-mulanya kami bercadang nak ke KLCC je.. Lepak-lepak dan makan. Tapi disebabkan hati my sis and I yang tak dapat menahan nak pergi terapi window shopping.. kami terus ke IKEA Cheras



Budak age ni memang tak reti jalan agaknya.. Mesti nak berlari ke sana sini. Alahaii sayang.. 



One two three.. pose!

Nak sampai ke IKEA Jalan Cochrane Cheras tu.. kami masuk jalan kat town area dulu.. Saje pusing2.. Lepas tu baru masuk Jalan Tun Razak. Nak susur masuk ke Jalan Cochrane tu memang agak berpusing-pusing. Agak sesat jugalah nak mencari walaupun dah nampak buildingnya. Namun, disebabkan semangat nak ke situ, diteruskan juga.. Sekali nak masuk.. Mak aihh.. Panjang betul que nak turun ke parking!


Ini memang budak-budak suka kan.. :)


Masuk situ masa memang tak terasa dah berlalu.. Walaupun sesak dengan banyak orang. Musim cuti kan.. Sempatlah grab apa-apa yg teringin nak beli.. Soft toys yg comel-comel, stall mainan, cutlery dan beberapa lagi barang2 lain.. Gambar? terlupa snap sebab terlalu siokk.. Ngehehe!

Dan disebabkan tak sedar masa dah berlalu dah hampir ke pukul 10.. kami makan je kat cafe dalam IKEA tu..Dah tu terus balik ke hotel.. Budak-budak pun dah penat..


Nak beli makanan pun que panjang.. Sampai si kecik ni hilang kejap. Jumpa kat mana? Kat tempat air! Tengah mendongak tengok orang amik air. Haus sangatlah tu.. Gabra kejap daddy dia.. Haa..



Good morning, Key El!


Pagi tu awal-awal si kecik tu dah bangun kejut.. Nak "am am" (makan) dia cakap.. Makanya bersiaplah turun ke coffee house utk breakfast awal.. Nanti nak terjun pool pulak.. Okaylah.. Turn budak-budak plak enjoy ye.. :)


Each room memang dapat newspaper ni every morning..



Coffee house satu level dengan lobby area..



Kakak malu-malu nak amik gambar castle ni sebab dekat kaunter buffet.. :)



Boss Ryfan dah siap chup tempat duduk.. 




Pose2 untuk wassap ayah yg tak dapat ikut.. 



My picky eater ni menu breakfast paling sihat.. Cereal dgn buah.. :D  


Menu breakfast banyak juga pilihan.. Rasa? Ada yg betul-betul sedap ada yg moderate. Sesuai dengan taraf hotelnya.. Dah siap makan.. yg  si kecik dah tak boleh tahan nak teruskan aktiviti 'larian' dia ke sana ke mari.. Bawak lah dia pusing-pusing amik gambar kenang-kenangan kat area lobi kejap sementara tak banyak orang.. Haha!


Picture paling win.. Mmmuuaahh ciket!



Ini pose alasan nak buat 'kek' pagi-pagi kan.. Hahaha!




Dah kenyang masing-masing.. Dah puas amik gambar.. Semua dah macam recoder cakap ulang-ulang.. Nak mandi kolam.. Baiklahh.. Haishh..


View swimming pool dari bilik..



Siap tukar baju mandi.. Ke sinilah kita sampai kocut jari jemari den yang mulus ni.. :P



View dari pool side.. Nice!


Siap mandi.. kami bersiap-siap dah nak check out.. Short vacay ni satu malam je ye anak-anak.. Ada kelapangan, ada rezeki.. Kita jalan tempat lain plak.. Insya Allah..


Peace yo!



Pengsan!


Sebelum balik tu.. ada insiden yg memang sangat tidak disangka-sangka. Sampai kat tempat parking.. Satu drpd tayar kereta lembik! Totally takde angin! Sangat-sangat suprise.. Kami sangkakan bocor atau terkena paku.. Maka encik suami pun tukarkanlah tayar spare sementara. Tapi disebabkan perjalanan kami nanti panjang.. dan dengan tayar spare tak boleh berani nak jalan sampai ke JB.. kami pusing-pusing area berhampiran kalau-kalau ada kedai tayar bukak cuti Krismas ni.. Dalam hati doa je banyak-banyak..

Nasib kami baik.. Akhirnya jumpa satu kedai tayar yg bukak cuti-cuti macam ni.. Dekat area Kampung Baru.. Tapi yang peliknya.. Kata orang kedai tu kata.. Takde sebarang kebocoran atau pecah! Pelik kan?

Kami cuma mengagak.. mungkin ada orang yg sengaja keluarkan angin tayar kereta kami supaya kami minta bantuan di hotel tadi.. Dapatlah tips ye.. Sebab tadi kata encik suami.. Masa kami nak check out.. Ada orang kat kaunter tu macam 'cega' je dengan kami.. Macam tertunggu-tunggu..  Cina kedai tu cuma senyum je dan bantu kami isikan angin dan tukar tayar semula.. Bagi dia.. biasalah.. Orang nak hidup kat KL ni kadang-kadang apa-apa pun boleh buat. Dia cuma ambil upah RM5 je.. After that.. perjalanan diteruskan.. Alhamdulillah..

So.. kami teruslah ke KLCC.. Nak bawak budak-budak ke Petrosains cadangannya..


Que panjang.. Kita lunch dulu kat food court ye anak-anak..


Sebelum masuk ke Petrosains tu.. kami pergilah makan dulu. Sebab tengok tempat tiketnya nak beratur.. Makk aihh.. Panjang betul.. Tenaga dah habis nih cari kedai tayar.. Haha! Selesai makan.. baru nak beratur beli pass.. dah habis.. Rupa-rupanya ada limit berapa orang boleh masuk.. Huhu.. Takde rezekilah kali ni nampaknya.. Kami decide jalan-jalan je dan keluar ke taman.



Tak dapat masuk.. Ambil gambar kat luar je ye.. :)


Sekali lagi kite sendiri suprise! Banyaknya 'pelancong' yang bersidai kat luar KLCC sampai ke taman dia.. Dah macam kat negara asing.. Hmm.. makanya tak berani kami nak lepaskan budak-budak kat sini.. Kami ambil gambar kenang-kenangan.. Then, kami pun bertolak balik memandangkan dah lewat petang..


Air.. kata Qarl.


Anyway.. Short vacay hujung tahun ni.. Walaupun cuma dua hari satu malam je.. Tapi rasa puas sangat.. Both of us, my sis and I dapat terapi 'soppeng' skit kat IKEA.. Anak-anak.. dapat mandi kolam dan jalan-jalan. Bagi diaorang.. Nilai masa yg kami fokus pada diaorang tu bagi moment yang cukup happy, bak kata kakak dgn abang.. Terasa sangat diaorang dah membesar dan mula faham..

Alhamdulillah..

Insya Allah.. Ada kisah jalan-jalan kami, walau pun singkat.. nanti kite share lagi ye.. Jumpa lagi dlm entri yg lain.. XOXO!