Wednesday, 8 June 2016

Trip TIC to Thomas & Friends, Nusajaya

Selamat cuti sekolah pertengahan tahun 2016, 
anak-anak semua!

Haa.. Dah berapa hari Tadika Intan Cerdik bercuti sempena cuti pertengahan tahun ni.. Dah masuk hari ke tiga berpuasa Ramadan ni.. Barulah sempat nak share cerita lagi.. 

Nampak tak kesibukan di situ.. Hahaa..

Me nak share sikitlah pasal our kindergarten trip last Friday ke Thomas and Friends park kat Nusajaya tu.. Satu building tapi berlainan level dengan Hello Kitty Theme Park.

Kali ni kami ke sana dengan bas.. Parents tak join lah.. Last year, kami ke Dinosaur Water Theme Park, KSL.. 

That time kami invite parents to join us.. Hmm.. Agak susah juga anak-anak nak ikut kami.. Manja sebab mak-mak ada kan.. ;-)

Okay.. Tak payah cerita panjang.. Jom me belanja gambar masa trip kat sana sikit.. ;-)










Sesi-sesi edutainment with buddy (abang-abang dan kakak-kakak yang kerja kat sini.. Barney tak panggil sisters and brothers.. Tapi panggil Buddy)..





Macam-macam games ada kat sini. Anak-anak memang enjoy la.. Sebab theme park ni indoor, tak lah panas berpeluh kalau parents layan anak-anak..




Makan time! Included dalam fee sekali. Nasi goreng dia sedap. Betul serious! Last time masa pergi dengan kindergarten lama masa kerja dulu pun kami makan nasi ayam memang sedap.



Lepas makan main lagi sementara tunggu show.




Bob the Builder! Here we are!



It's Barney show time!




Teruja semua!



Exhausted!


Alhamdulillah.. Trip berjalan lancar.. Anak-anak pun happy and enjoy sangat nampaknya.. Makan pun semua cukup.. 

InsyaAllah.. Ada rezeki, kita semua buat another trip ke tempat lain pula ye.. 

XOXO!


p/s : Nak join kami? Follow and like our Facebook page : Taska Intan Lilia. Hubungi kami untuk temujanji melawat tempat dan maklumat pendaftaran. Pendaftaran promosi 2016 masih dibuka. 
;-) 




Tuesday, 17 May 2016

Sambutan Hari Guru TIC & TIL 2016

Alhamdulillah..

Selepas dua tahun beroperasi, Taska Intan Lilia dan tahun ini pula, Tadika Intan Cerdik kini mempunyai tujuh orang tenaga yang memberi perkhidmatan untuk anak-anak di sini. 

Tahun ini.. Tahun pertama kami adakan sambutan Hari Guru.. Yeyyy!

Secara kebetulan dan agak last minute juga.. Haha!

Memandangkan me and all ticer2 dah sehari suntuk ke Sambutan Hari Guru anjuran Persatuan Tadika Johor hari Sabtu lepas.. Hari Ahad pula hari cuti peristiwa berikutan kemenangan JDT dalam liga Piala FA.. Kite sempat adakan pot luck untuk sambutan Hari Guru yang kami adakan pada hari semalam..

Anak-anak yang datang semalam sempat kite wassap ibu bapa tak perlu pakai uniform.. Ibu bapa pula digalakkan menyumbang sedikit makanan atau minuman untuk sesi pot luck yang kami adakan dengan games sikit.

Jom tengok! ;-)


Cenderahati dari pihak pengurusan untuk cikgu-cikgu dan dari ibu bapa juga. Ada juga hadiah-hadiah comel dan kad dari ibu bapa untuk cikgu-cikgu.. Ini yang sempat snap pagi-pagi.. ;-)




Sebahagian sumbangan makanan dari ibu bapa.. Ada lagi.. Tapi sebab nanti tak sempat nak snap pic.. So, amik je dulu.. Kek yang sedap-sedap  dan dari Secret Recipes pun ada hari ni.. Alhamdulillah.. Rezeki bersama.. 



Kita amik gambar kenang-kenangan dulu.. Piss.. ;-D






Persembahan nyanyian dan tarian Bollywood dari ticer2.. Teruja anak-anak tengok! Hahaha!




Games untuk anak 1-2 tahun.. Ambil bola dan lari bagi pada cikgu. Bersorak sakan semua.. 




Musical chair. Kemudian sesi pertandingan mewarna poster sambutan Hari Guru..





Kek memang banyak hari ni.. dan semua berlainan perisa.. Paling best sebab sedap.. Hahah!



Sebahagian dari kami.. Nak join kami? Meh lah daftar cepat-cepat! ;-)


Terima kasih sangat-sangat untuk ibu bapa yang menyumbangkan makanan untuk meraikan kami.. Mungkin cikgu-cikgu ni cuma cikgu Taska dan cikgu Tadika.. Tapi alhamdulillah masih ada yang menghargai mereka sebagai pendidik paling awal dalam kehidupan permata mereka. 

From me.. Pengusaha Taska Intan Lilia dan Tadika Intan Cerdik, mengucapkan terima kasih juga kepada semua pendidik awal kanak-kanak di sini.. Sama ada yang masih bersama kami atau pun pernah bersama kami. 

Bukan mudah hakikatnya mengimbangi antara keperluan anak-anak, permintaan ibu bapa, kehendak cikgu-cikgu, dengan misi memberikan perkhidmatan penjagaan dan pendidikan awal yang berfokus pada keluarga berpendapatan sederhana di tengah-tengah bandar raya Johor Bahru ni..

InsyaAllah.. selagi termampu, kami berusaha. And.. hopefully, we all can grow up together as a family and as early childhood educator with 
Tadika Intan Cerdik & Taska Intan Lilia.. 

InsyaAllah.. Aamiin.. XOXO!

Love, from me. ;-)


p/s: Ikut dan like page kami di Facebook : Taska Intan Lilia
#TaskaIntanLilia #nursery #TadikaIntanCerdik #kindergarten #JohorBahru